Home > Bahasa Melayu
Majlis Takreem Al-Quran Raikan Pelatih PPB Tamat Kursus
Mohd. Sahrizal Haji Said
February 4th, 2024 | 08:04 AM |
147 views
TANAH JAMBU
Majlis Takreem Al-Quran Sempena Tamat Kursus khusus bagi para Pelatih Program Pembangunan Belia Sesi 2023 yang akan menamatkan kursus di Pusat Pembangunan Belia (PPB) penghujung bulan Februari 2024 ini diadakan pagi tadi di Dewan Binadiri, PPB.
Hadir selaku tetamu kehormat, Penolong Pengarah, Ketua PPB, Awang Haswandi bin Haji Osman.
Acara turut dihadiri oleh para pegawai, kakitangan PPB dan para ibu bapa serta penjaga pelatih PPB Sesi 2023.
Majlis Takreem Al-Quran Program Pembangunan Belia ini adalah aktiviti tahunan bagi Unit Hal Ehwal Pelatih anjuran Bahagian Kerohanian dan Keugamaan dan salah satu kegiatan keugamaan bersempena tamat kursus bagi setiap tahun.
Seramai 91 pelatih mengikuti majlis terdiri daripada 49 pelatih lelaki dan 42 pelatih perempuan dengan objektif bagi memartabatkan dan memuliakan Al-Quran dalam kalangan para pelatih di mana sebelum ini para pelatih digalakkan untuk membaca Al-Quran setiap Jumaat iaitu Surah Al-Kahfi dan beberapa surah pilihan selepas Sembahyang Fardu Maghrib.
Terlebih dahulu, majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Selawat Tafrijiyyah dan Surah-surah pilihan beramai-ramai.
Majlis diserikan dengan alunan dikir oleh kumpulan lepasan Pelatih PPB yang diselajurkan dengan merenjis minyak wangi.
Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Keugamaan dan Akademik Majlis perwakilan Pelatih PPB, Awang Mohammad Ezarul Ezwan @ Maszrul bin Radiwan dan diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada para pelatih PPB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]