Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Penubuhan Tap
Tabung Amanah Pekerja
February 8th, 2024 | 08:28 AM | 151 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena Ulang Tahun Penubuhan Tabung Amanah Pekerja (TAP) Ke-31 Tahun, TAP menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran pada Rabu, 26 Rejab 1445 Hijrah bersamaan 7 Februari 2024 Masihi bertempat di Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.
Majlis berkenaan juga turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga TAP, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Polisi Sumber Tenaga Manusia, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan pegawai serta kakitangan TAP.
Majlis diisikan dengan bacaan Ratib Al-Attas, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran yang diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan WARGAMAS yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis sambutan berkenaan adalah bagi melafazkan tanda kesyukuran serta meraikan Penubuhan Ulang Tahun TAP Ke-31 Tahun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Tabung Amanah Pekerja
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]