FacebookInstagramTwitterContact

 

You-C1000 Basketball Cup           >>           Trio Fun Race           >>           Open Golf Championship Prize Presentation           >>           Table Tennis Talent Search Programme           >>           Tug of War in conjunction with Royal Birthday Celebration           >>           Temporary Half-Lane Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Family Day Celebration           >>           Taking Part in the China-ASEAN TVET Training Programme           >>           Darusysyifa' Warrafahah Annual General Meeting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bina Komuniti Masa Depan Bersama


Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 12th, 2024  |  07:17 AM  |   138 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Republik Rakyat Cina dan Negara Brunei Darussalam (NBD) merupakan jiran di seberang laut, sahabat yang boleh dipercayai dan rakan pembangunan bersama, dengan kepercayaan politik tahap tinggi, kerjasama praktikal berkualiti tinggi, dan persahabatan yang kekal.

 

Pada November tahun lepas di San Francisco, kedua-dua ketua negara mengadakan pertemuan dua hala kali ke-2 dalam tempoh satu tahun dan mencapai konsensus penting, dan pada 2023, perdagangan dua hala mencapai nilai USD2.81 bilion.

 

Perkara berkenaan antara yang dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke NBD, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo semasa Majlis Perasmian China Day & Spring Festival Open House of Chinese Embassy yang berlangsung di Chung Hwa Middle School.

 

Projek Belt and Road seperti industri Hengyi dan Pelabuhan Muara tambah Tuan Yang Terutama, memberikan lebih banyak daya ke dalam kepelbagaian ekonomi NBD, eksport produk pertanian dan perikanan NBD ke China mengambil langkah baharu ke hadapan, yang semuanya memberi manfaat yang nyata kepada kedua-dua negara dan rakyat.

 

Menurut TYT lagi, tahun 2024 mempunyai kepentingan khusus, kerana ia menandakan Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Republik Rakyat China serta Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40.

 

TYT percaya, dengan perkembangan persahabatan dan kerjasama dua hala, terutamanya kerjasama Belt and Road, pembinaan komuniti dengan masa depan bersama untuk Republik Rakyat China dan NBD serta negara-negara lain akan mempunyai landasan yang lebih kukuh dan kedua-dua negara akan menikmati masa depan yang lebih cerah lagi.

 

Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.

 

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden Persatuan Persahabatan Brunei-China, Dr. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman; dan ucapan daripada Presiden Persatuan Perusahaan Cina di NBD.

 

Pelbagai acara kebudayaan dipersembahkan, termasuk persembahan seni bela diri, tarian dan lagu tradisi Cina, di samping itu terdapat juga reruai (booth) yang mempamerkan kebudayaan, masakan dan perusahaan-perusahaan Cina.

 

China Day merupakan program utama Kedutaan Republik Rakyat China ke NBD yang diadakan dua kali dan berfungsi sebagai platform yang baik yang mendapat sambutan hangat daripada rakyat NBD untuk mengenal China.

 

Tahun ini buat pertama kalinya, China Day diadakan bersama dengan perayaan musim bunga, yang menyajikan tidak hanya budaya Cina tradisional, tetapi juga pameran perusahaan-perusahaan Cina.

 

China Day dihasrat akan memberi peluang kepada masyarakat di negara ini untuk mengalami budaya Cina secara lebih dekat dan mempromosikan pertukaran persahabatan antara kedua-dua negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58