Home > Bahasa Melayu
Majlis Rumah Terbuka Eratkan Hubungan Silaturahim
Ihsan Ajees Hamdan
February 12th, 2024 | 07:51 AM | 191 views
TUTONG
Sambutan Tahun Baharu Cina Tahun 2024 memberi peluang kepada masyarakat Tionghua dan juga masyarakat setempat mengeratkan dan memperkukuh lagi hubungan silaturahim dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka.
Pada hari ini, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang juga Ketua Kampung Sengkarai telah pun berkunjung ke rumah terbuka masyarakat Tionghua di Kampung Sengkarai.
Menurut Yang Berhormat, mengadakan Majlis Rumah Terbuka seperti berkenaan dapat menunjukkan bahawa kita sebagai bangsa Melayu tidak salah berkunjung dan menziarahi teman-teman walaupun berbeza agama.
"Ini menampakkan hubungan yang begitu erat bukan sahaja masyarakat Tionghua namun masyarakat lain.
"Inilah peluang saya berkunjung ke rumah terbuka anak buah kampung berbangsa Cina dan ia akan dilaratkan di acara lain (bangsa lain) seperti Hari Raya, Adau Gayoh, Hari Gawai dan sebagainya," ujar Yang Berhormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Ajees Hamdan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]