FacebookInstagramTwitterContact

 

You C-1000 Basketball Cup           >>           Brunei Youth League U18           >>           Lela Cheteria League           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Major Responsibility in Realising Wawasan Brunei 2035           >>           Seminar in Conjunctions With CIPTA 2025           >>           Appointment Letters for Mosque Takmir Committee Presentation           >>           igning of MoU with Cadi Ayyad University of Morocco           >>           Signing of MoU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sembahyang Cegah Perbuatan Keji, Mungkar


Kementerian Hal Ehwal Ugama

 


 February 12th, 2024  |  07:59 AM  |   210 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sembahyang tiang ugama. Sesiapa yang meninggalkannya, dia meruntuhkan agama".

 

Sembahyang itu sebagai tiang ugama kerana di dalamnya segala rukun yang lima diulang-ulang sebanyak lima kali sehari semalam. Sembahyang juga mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, yang bererti, selama mana kita sembahyang, kita di dalam keadaan ketaatan.

 

Demikian antara pengisian tazkirah yang bertajuk 'Sembahyang Tiang Ugama' yang disampaikan oleh Imam Tingkat 3, Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani dari Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis / Madang bagi menyerikan lagi Program Malam Munajat Ke-124.

 

Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diteruskan lagi untuk minggu ini dengan mengundang tetamu khas, Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis / Madang, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari masjid berkenaan.

 

Juga hadir pada Program Malam Munajat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut mengimarahkan acara Malam Munajat yang diadakan baru-baru ini ialah ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta jemaah dari Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis / Madang; Masjid Kampung Penanjong, Tutong dan Masjid Kampung Belais, Temburong serta beberapa buah masjid termasuk surau dan balai ibadat dari seluruh negara berjumlah 67 buah.

 

Program Malam Munajat Ke-124 itu turut dihadiri oleh warga-warga kerja di bawah KHEU bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Selesai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dukhan beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Penanjong, Tutong, Awang Dilla Aiyad Kasyidi bin Ahmadi. Manakala Doa Munajat dibacakan oleh Pegawai Pemantau Masjid-masjid Zon 3, Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd. Amin bin Haji Salim.

 

Sejurus selesai tazkirah, acara disusuli dengan bacaan Asma'ul Husna dipimpin oleh Imam Tingkat IV, Awang Mohd. Safwan bin Zolkipli bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Kampung Belais, Temburong.

 

Bagi mengakhiri acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

 

Program Malam Munajat anjuran KHEU mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan kerohanian, meminta keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala dengan beristighfar, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menghayati maknanya, serta merafakkan dan mengaminkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat dan penduduknya terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit merbahaya.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan menyertai acara Malam Munajat pada setiap Sabtu Malam Ahad secara maya melalui pautan 'https://tiny.cc/munajatkheu' atau 'https://www.facebook.com/pdi.kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58