FacebookInstagramTwitterContact

 

Language Month Celebration           >>           Chancellor's Cup Tournament Closing Ceremony           >>           Unscheduled Visit to the Ministry of Religious Affairs           >>           Assistance to raise capability of the Asnaf           >>           Several Questions need to be answered in writing           >>           The Al-Gharimin Asnaf           >>           Query on Receiving Zakat takes Months or Years           >>           The Zakat Institution is to address benefits and difficulties faced by the Muslim Community           >>           Establishment of a Steering Committee           >>           An organised Project Management must be implemented           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat


Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 February 13th, 2024  |  06:08 AM  |   131 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kesedaran orang ramai tentang kepentingan melakukan senaman, beriadah ataupun bersukan jelas ketara dan semakin meningkat hari demi hari.

 

Ini dapat dilihat bukan sahaja pada setiap hujung minggu, bahkan ramai yang meluangkan masa setengah jam hingga satu jam selepas waktu bekerja untuk beriadah dan bersukan.

 

Bersukan ataupun melakukan apa jua aktiviti fizikal bukan sahaja amat bermanfaat kepada kesihatan setiap individu, malah ia boleh mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, kanser, strok dan penyakit kardiovaskular.

 

Bukan itu sahaja, dengan melakukan aktiviti fizikal, ia juga menjadikan badan kita lebih sihat di samping membantu kita mendapat 'mood' yang lebih baik, cergas, bertenaga serta mengelakkan daripada keletihan dan badan lesu.

 

Kita perlu mengimbangkan masa bekerja, berehat dan bersukan atau beriadah supaya kesihatan fizikal dan mental terjamin. Setiap individu, tidak kira kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk kesihatan yang lebih baik.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan semua orang melakukan senaman berintensiti sederhana selama 150 minit setiap minggu manakala senaman berintensiti tinggi pula perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 75 minit.

 

Menyentuh mengenai jenis senaman pula, kita diingatkan untuk memilih senaman yang bersesuaian dengan masalah kesihatan atau keadaan fizikal masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan. Aktiviti seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal, badminton, bola sepak dan rekreasi bebas dinikmati oleh semua orang.

 

Seperti waktu tidur dan makan, bersukan juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Sama ada pada waktu pagi, petang atau malam, yang sebenarnya awda bebas melakukannya pada waktu yang dirasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

 

Selain waktu pagi, petang atau malam merupakan antara waktu yang paling ramai orang melakukan aktiviti sukan lebih-lebih lagi mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk bersukan selepas waktu bekerja.

 

Ini kerana bersukan selepas waktu bekerja dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian kerana pada ketika ini otak akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakan badan yang dilakukan.

 

Bukan itu saja, kita boleh melakukan senaman yang lebih berat jika bersukan pada waktu petang berbanding waktu pagi kerana kita mempunyai masa yang cukup untuk berehat sepanjang malam. Individu yang selalu bersenam juga cenderung mempunyai berat badan dan kesihatan mental yang lebih baik serta hidup yang lebih berkualiti.

 

Di negara kita, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyediakan tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan untuk bersukan untuk orang ramai.

 

Oleh itu, sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan infrastruktur yang disediakan selain bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam menjaga kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58