FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Rancangan Strategik KHEU 2020-2024


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 13th, 2024  |  06:29 AM  |   166 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berharap agar isu-isu yang dibincangkan semasa Perjumpaan Muhibah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 2024 akan dapat memberikan rumusan ke hadapan.

 

Menurut Yang Berhormat, terutama mengenai tiga isu iaitu Produk-produk Import yang Diragui Kehalalannya; Hal Ehwal berkaitan Zakat, Wakaf dan Baitulmal; dan Memperkasa Pendidikan Ugama / Sekolah Arab. Perjumpaan Muhibah tersebut diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU.

 

Sementara itu, Ketua Rombongan Ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam dalam ucapannya menghargai segala perkongsian maklumat daripada KHEU berupa perancangan KHEU, pencapaian, perkembangan dan kemajuan yang dicapai serta cabaran yang dihadapi.

 

Perkongsian tersebut jelas Yang Berhormat, tidak lain adalah untuk sama-sama meraikan kemajuannya dan penambahbaikannya bagi mempertingkatkan kualiti dan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan yang disediakan dan menjadikannya antara perkhidmatan terbaik yang memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya umat Islam di negara ini.

 

Pada perjumpaan tersebut, taklimat disampaikan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim yang antara lain mengongsikan mengenai Rancangan Strategik KHEU 2020-2024 sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif perkhidmatan agama serta sebagai pengukur kepada pencapaian pada peringkat antarabangsa, khususnya dalam platform MABIMS.

 

Selain itu, KHEU juga mengambil langkah strategik dengan mengoptimumkan sumber tenaga manusia melalui penyelarasan struktur organisasi kementerian dalam memastikan pelaksanaan perkhidmatan agama akan lebih teratur dan terarah.

 

Atur cara diteruskan dengan Sesi Dialog antara Ahli-ahli MMN dengan pihak KHEU yang memfokuskan kepada isu-isu yang ditimbulkan semasa Sesi Perbahasan Rang Undang-undang 2023, Perbekalan Tahun Kewangan 2023 / 2024.

 

Sesi Dialog itu dijalankan dalam suasana harmoni yang dapat mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara kedua pihak di samping memberikan inspirasi yang bermanfaat kepada KHEU dan Ahli-ahli MMN, terutamanya mengenai Rancangan Strategik KHEU yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai visi KHEU secara berstruktur dan berhemah serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan agama di Negara Brunei Darussalam.

 

Terdahulu, sebelum Perjumpaan Muhibah dimulakan, Ahli-ahli MMN berpeluang mengadakan lawatan ke Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal dengan tujuan untuk mengetahui dan menyaksikan secara dekat mengenai proses dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh jabatan berkenaan.

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh; serta ketua-ketua jabatan dan bahagian di bawah kementerian berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08