Home > Bahasa Melayu
Majlis Rumah Terbuka Eratkan Hubungan Persahabatan, Kekeluargaan
Ihsan Arno Zoey Wonderland
February 14th, 2024 | 08:01 AM | 109 views
SUNGAI HANCHING
Meskipun berbeza bangsa namun semangat silaturahim dalam kehidupan masyarakat di negara ini semakin utuh lebih-lebih lagi dalam sama-sama memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina.
Majlis Rumah Terbuka sudah menjadi kelaziman semasa sambutan Tahun Baharu Cina demi mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan.
Kesempatan berkenaan turut dimeriahkan lagi dengan kunjungan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf serta isteri pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman Pengarah Arno Zoey Wonderland, Jessie Lim di Sungai Hanching.
Turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baharu Cina berkenaan ialah rakan-rakan media.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]