FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD-UAE Meterai Perjanjian Pertukaran Pengalaman Pembangunan, Pemodenan Kerajaan


Jabatan Perdana Menteri

 


 February 14th, 2024  |  08:09 AM  |   127 views

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU

 

 Ke arah mengukuhkan komitmen dan kerjasama dalam memajukan dan memodenisasi Perkhidmatan Awam (PA) kedua-dua buah negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Kementerian Hal Ehwal Kabinet, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pertukaran pengalaman bagi pembangunan dan pemodenan kerajaan, yang akan mencetuskan perkongsian strategik melalui Government Experience Exchange Programme (GEEP), yang berlangsung pada satu Majlis Penandatanganan di Madinat Jumeirah, Dubai, UAE.

 

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Manakala menandatangani bagi pihak Kerajaan UAE, Menteri Hal Ehwal Kabinet, Tuan Yang Terutama Mohammad Abdullah Al Gergawi.

 

Penandatanganan MoU berkenaan, antara lainnya menekankan komitmen antara NBD dan UAE dalam kemajuan, pembangunan dan pemodenan kerajaan, dan pada masa yang sama turut menggariskan visi bersama kedua-dua buah negara dalam memartabatkan tadbir urus kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

 

Perkongsian berkenaan juga merangkumi inti pati pakatan strategik, memupuk persahabatan antara kedua-dua buah negara serta dedikasi ke arah pembangunan kerajaan dalam memudah cara kerjasama melalui pertukaran pengalaman dan perkongsian amalan terbaik dalam bidang pembangunan kapasiti PA, perubahan iklim, dan strategi tenaga yang boleh diperbaharui.

 

Turut hadir menyaksikan Majlis Penandatanganan MoU berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berada di Dubai adalah bagi menghadiri World Governments Summit 2024 pada 12 hingga 14 Februari 2024, yang merupakan sebuah sidang kemuncak bertemakan 'Shaping Future Governments' bagi memupuk kerjasama antarabangsa dan membolehkan kerajaan untuk mengenal pasti penyelesaian inovatif kepada cabaran-cabaran masa depan sebagai inspirasi kepada generasi akan datang.

 

Program GEEP adalah merupakan inisiatif Kerajaan UAE ke arah perkongsian pengetahuan dan pengalaman bagi amalan terbaik untuk membina kapasiti institusi pembangunan dan pemodenan kerajaan.

 

Dengan penandatanganan MoU berkenaan, NBD merupakan negara ahli ASEAN pertama yang menyertai program berkenaan, dan membuka peluang untuk berkongsi pengalaman dan seterusnya mempelajari amalan terbaik antara kedua-dua buah negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55