FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tawaran Program Tingkat Daya Kompetitif Pelajar


Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 February 15th, 2024  |  07:33 AM  |   125 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk menjadikan para graduan lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mempromosikan lima program pengajian meliputi Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan, Sarjana Muda Media dan Teknologi Komunikasi Islam, Sarjana Muda Sains Pertanian (Agribisnes), Sarjana Muda Sains Pertanian (Agriteknologi) dan Sarjana Muda Sains Halal.

 

Program-program pengajian tersebut berjalan selama tiga tahun bermula pada sesi kemasukan akademik Ogos 2024 / 2025.

 

Dalam kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh fakulti dan pusat berkenaan telah mendapati bahawa cadangan menawarkan tempoh pengajian tiga tahun telah mendapat sambutan positif daripada kebanyakan responden kerana ia sekali gus akan memberi banyak kelebihan kepada pelajar berbanding sebelumnya menjalani pengajian program selama empat tahun.

 

Dengan penawaran program tiga tahun pengajian oleh beberapa fakulti dan pusat ini juga dijangka menyumbang kepada tarikan lebih ramai pemohon dalam dan luar negara untuk mengikuti pengajian akademik di UNISSA.

 

Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam melihat bahawa perkembangan dan keperluan masa kini telah menghendaki untuk memastikan program yang ditawarkan boleh bersaing dengan program yang ditawarkan oleh universiti dalam dan luar negara khususnya dalam jurusan yang berkaitan dengan ilmu pengurusan pembangunan seperti prinsip-prinsip pembangunan dan pengurusan yang berasaskan Islam (Islamic-based development and management).

 

Fakulti Teknologi Islam pula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Media dan Teknologi Komunikasi Islam dan Ijazah Sarjana Muda Islamic Data Sciences berasaskan dorongan untuk memenuhi keperluan negara dalam menuju Wawasan Brunei 2035 serta menghadapi perkembangan revolusi industri yang menghendaki kepada upaya dan usaha meningkatkan kepakaran dan penyelidikan dalam bidang teknologi media dan komunikasi Islam.

 

Fakulti Pertanian dalam usahanya membantu pihak kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara di luar sektor minyak dan gas pula berhasrat dari penawaran program pengajian tiga tahun iaitu Program Sarjana Muda Sains Pertanian (Agribisnes) dan Sarjana Muda Sains Pertanian (Agriteknologi) ini akan dapat menggalakkan pengalaman pembelajaran yang lebih fokus bertujuan bagi menghasilkan graduan yang lebih bersedia untuk permintaan pasaran kerja yang semakin mencabar khususnya dalam industri pertanian.

 

Manakala Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) pula melihat bahawa program pengajian tiga tahun iaitu Sarjana Muda Sains Halal yang secara amnya memberi tumpuan terhadap pengetahuan tentang halal seperti prinsip syariah, kemahiran dalam bidang pengurusan industri halal termasuk penyelidikan autentikasi halal ini adalah selari dengan piawaian pendidikan halal yang mencerminkan amalan terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa terutamanya bagi tujuan untuk melahirkan graduan yang serasi dan berdaya saing dengan keperluan industri halal.

 

UNISSA berkeyakinan bahawa kesemua program tiga tahun pengajian yang ditawarkan mempunyai daya tahannya yang tersendiri kerana fakulti dan pusat berkenaan bukan hanya setakat melahirkan graduan siaga masa depan malahan ia adalah selaras dengan misi UNISSA dalam menyediakan pendidikan tinggi Islam yang berkualiti dan penyelidikan berimpak tinggi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan 'khaira ummah' demi meninggikan syiar Islam dan pembangunan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08