FacebookInstagramTwitterContact

 

Discussion on Facilities at Arafah and Mina           >>           Intending Pilgrims' Health and Safety are cared for           >>           Luncheon           >>           Solidarity Jump           >>           RBAF 63rd Anniversary Celebration           >>           Appreciation to those Involved           >>           Defence Diplomacy           >>           RBAF Structure Proposal           >>           RBAF continues to Develop Rapidly           >>           Best Examples to the Government           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berkenan Pengerusikan Mesyuarat Jemaah Tadbir YSHHB


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 16th, 2024  |  08:06 AM  |   217 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) mengadakan Mesyuarat Jemaah Tadbir Kali Ke-1 bagi Tahun 2024 di Bilik At-Taqwa, Dewan An-Naura, Kompleks YSHHB, di ibu negara.

 

Berangkat mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik mencerminkan keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia terhadap usaha dan rancangan YSHHB.

 

Penubuhan YSHHB ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

 

Keberangkatan DYTM dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Timbalan Pengerusi I; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Timbalan Pengerusi II; serta Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof selaku Ahli-ahli Jemaah Tadbir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB antara lain menyembahkan mengenai perkembangan Kompleks yayasan berkenaan, yang kini menempatkan Hua Ho Department Store serta Dewan An-Naura, yang sedikit sebanyak telah dapat menarik semula kunjungan orang ramai untuk berkunjung ke Kompleks YSHHB.

 

Selain itu, sembah Yang Berhormat, pihak Pengurusan Wadah Amal Sendirian Berhad iaitu anak syarikat YSHHB juga telah mengusahakan satu lagi tarikan Yayasan Food Street, yang telah berjaya menghidupkan kembali suasana malam di ibu negara dan memberi manfaat kepada para pengusaha kecil tempatan.

 

"Setentunya menjelang bulan Ramadan Mubarak ini, tempat ini akan terus menjadi tempat tumpuan bagi jualan juadah-juadah berbuka puasa," jelas Yang Berhormat.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat turut menerangkan mengenai usaha untuk menambah baik urus tadbir dan pengurusan Syarikat Wadah Amal Sendirian Berhad dengan harapan agar syarikat berkenaan akan beroperasi dengan lebih cekap sebagai sebuah entiti korporat di bawah YSHHB bagi memastikan Kompleks Bangunan YSHHB mencapai objektifnya sebagai sebuah aset pelaburan yang dapat menghasilkan pendapatan atau pulangan yang positif dan dapat digunakan bagi meningkatkan pengendalian program-program yayasan berkenaan secara berterusan dan mapan selaras dengan dasar penubuhannya sebagai sebuah wadah amal jariah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan mengenai masalah kerosakan bagi rumah-rumah di Kampung Bolkiah yang telah dibincangkan secara mendalam dalam beberapa siri Mesyuarat Lembaga Pengarah sebelumnya.

 

Yang Berhormat menyembahkan bahawa rumah-rumah berkenaan telah diserahkan secara jual beli dan adalah hak milik pemilik-pemilik rumah berkenaan.

 

"Tanggungjawab bagi menjaga dan memelihara rumah berkenaan sepatutnya terletak kepada pemilik-pemilik berkenaan dan bukannya sebagai tanggungjawab berterusan oleh Yayasan Paduka Ayahanda Duli Tuanku.

 

"Dalam hal ini, pada Mesyuarat Lembaga yang mutakhir ini, Lembaga Pengarah Yayasan Paduka Ayahanda Duli Tuanku telah membincangkan dan seterusnya bersetuju bahawa tanggungjawab bagi menjaga dan memelihara rumah berkenaan adalah terletak kepada pemilik-pemilik berkenaan.

 

"Walau bagaimanapun, sebarang permohonan untuk pembaikan hanya akan dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan di bawah Garis Pandu Sumbangan dan Bantuan Yayasan Paduka Ayahanda Duli Tuanku, dan kerja-kerja pembaikan berkenaan adalah terhad kepada memastikan rumah-rumah berkenaan adalah selamat untuk didiami sahaja," sembah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat kemudian menyembahkan mengenai Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam YSHHB yang telah mendapat tempat sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan di negara ini, bukan sahaja daripada para pelancong awam dari dalam dan luar negara, malahan tetamu-tetamu VIP yang dalam rangka lawatan ke negara ini.

 

"Sebagai perancangan ke hadapan, pihak Pengurusan Yayasan Paduka Ayahanda Duli Tuanku dalam usaha untuk memanfaatkan Memorandum-memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani, khususnya dengan O.I.C. Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA), Republik Turkiye dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bagi penganjuran sebuah simposium bertaraf antarabangsa, iaitu Simposium Kaligrafi Antarabangsa 2024.

 

"Tertakluk jua kepada perkenan Paduka Ayahanda Duli Tuanku terhadap penganjurannya ini nanti, Simposium Kaligrafi Antarabangsa 2024 awal dirancang untuk diadakan bersempena dengan Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) pada bulan Jun 2024 kini lebih bersesuaian diadakan pada bulan Oktober bersempena Hari Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Paduka Ayahanda Duli Tuanku dan akan diisikan dengan forum, bengkel, pertandingan dan pameran," sembah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat turut menyembahkan mengenai perkembangan projek pembinaan Masjid Jubli Emas, dengan penubuhan jawatankuasa ad-hoc bagi memikirkan semula cadangan pembinaan Masjid Jubli Emas yang diterajui oleh pihak Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

"Jawatankuasa berkenaan antara lain telah membincangkan mengenai cadangan pembinaan Masjid Jubli Emas yang bersesuaian dengan signifikan nama dan peristiwa 'Jubli Emas' berkenaan khususnya dari segi rekaan dan kos pembinaannya.

 

"Cadangan untuk membina Masjid berkenaan di Daerah Temburong masih tidak berubah," sembah Yang Berhormat.

 

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat berkenaan adalah Laporan Tahunan Kewangan 2023 dan Laporan Kemajuan Audit Dalaman YSHHB; Laporan Sumbangan dan Bantuan bagi Tahun 2023 dan seterusnya Perancangan YSHHB bagi tahun 2024; dan Laporan Perkembangan Projek Khas iaitu Pengurusan Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Bulan Ramadan 1445/2024; Perkembangan Kompleks YSHHB, Perkembangan Perumahan Kampung Bolkiah dan Perkembangan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam YSHHB.

 

Menurut Akta YSHHB (Penggal 166), Jemaah Tadbir bertanggungjawab bagi mengawasi pentadbiran yayasan tersebut dan memastikan perjalanan serta pelaksanaan YSHHB menepati dasar dan tujuan penubuhannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47