FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Zahirkan Taat Setia, Cinta Kepada Negara


Ihsan Ajees Hamdan

 


 February 17th, 2024  |  07:49 AM  |   85 views

TUTONG

 

Dalam sama-sama memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Mukim Pekan Tutong tidak ketinggalan mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) di kawasan Canopy Tamu dan Pasarneka Kampung Serambangun, Tutong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, juga selaku Ketua Kampung Sengkarai Tutong.

 

Kehadiran tetamu kehormat dialu-alukan oleh Penghulu Mukim Pekan Tutong, Ketua Kampung Penabai Kuala Tutong, Ketua Kampung Penanjong, Ketua Kampung Panchor dan Pemangku Ketua Kampung Petani.

 

Turut memeriahkan acara berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim, Pekan Tutong.

 

Menurut Yang Berhormat, majlis seumpama berkenaan mengajak orang ramai supaya turut sama menaikkan bendera kebangsaan pada hari-hari kebesaran negara seperti Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini.

 

Yang Berhormat juga turut menjelaskan bahawa dengan menaikkan bendera negara menunjukkan taat setia dan cinta kita kepada negara.

 

"Oleh sebab itu, menaikkan bendera ini juga ada tatacara yang betul dan bukan 'semberana'.

 

"Diharapkan agar orang ramai menaikkan bendera mengikut garis panduan yang betul dan janganlah mengibarkan bendera yang sudah rosak, koyak dan warnanya yang sudah pudar.

 

"Sama-samalah kita selaku rakyat NBD mengibarkan bendera dengan megah bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD yang Ke-40," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ihsan Ajees Hamdan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07