Home > Bahasa Melayu
Membaca Surah Yaasiin, Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia
Muhammad Asri Haji Awang Abas
February 17th, 2024 | 07:55 AM | 98 views
GADONG
Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli PMAMB) petang tadi mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, membaca Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Yang Ke-50 Tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Pensyarah Syariah, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Maktab Duli PMAMB, Awang Haji Amran bin Haji Jalil.
Diikuti dengan bacaan Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah dipimpin oleh Pensyarah Syariah, JPI, Maktab Duli PMAMB, Awang Mohammad Ali Syafi’ie bin Mohd. Noor.
Acara diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Pensyarah Usuluddin, JPI, Maktab Duli PMAMB, Awang Haji Mohd. Shafiee bin Haji Japar.
Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin sekolah, timbalan-timbalan pengetua, para pegawai Kementerian Pendidikan, para tenaga pengajar dan pelajar Maktab Duli PMAMB.
Majlis berkenaan diadakan di Student’s Learning and Service Centre (SLSC), maktab berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]