Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pertahanan Anjur Majlis Kesyukuran Puja Usia
Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
February 17th, 2024 | 08:00 AM | 91 views
BERAKAS
Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke-50 Tahun telah diselenggarakan oleh Kementerian Pertahanan.
Majlis tersebut diadakan secara serentak di seluruh surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke-50 Tahun yang diketuai oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Ad-Difa', Awang Muhammad Habib 'Azizi bin Muhammad Ghazali.
Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga daripada Kementerian Pertahanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]