Home > Headline
Kebawah DYMM Berkenan Kurniakan Surat Watikah Pelantikan
Mohamad Azmi Awang Damit / Mohd. Sahrizal Haji Said
February 18th, 2024 | 08:25 AM |
210 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Turkiye, Puan Yang Terutama Dayang Noni Zurainah binti Haji Ismi.
Selepas Majlis Mengurniakan Surat Watikah Pelantikan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap secara bersama Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baharu dilantik.
Turut hadir pada majlis-majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.
Majlis-majlis berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]