FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperingati Peristiwa Agung Israk, Mikraj


Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 February 18th, 2024  |  08:37 AM  |   153 views

SENGKURONG

 

Dalam sama-sama mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa agung Israk dan Mikraj, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Jabatan Pengajian Tinggi dan Pusat Pendidikan Cerdas, Pintar dan Berbakat petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi bertempat di Dewan Multimedia Theatre, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Imam Tingkat I, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Awang Haji Mohd Amaluddin bin Haji Jamaluddin.

 

Majlis diserikan lagi dengan Tazkirah Khas bertajuk 'Ibrah Peristiwa Israk dan Mikraj : Jaga Solat' iaitu bertepatan dengan tema Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1445H / 2024M, yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang.

 

Dalam tazkirahnya, Haji Awang Muhammad Najib menyentuh mengenai peristiwa Israk Mikraj yang merupakan mukjizat kedua terbesar yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Jelasnya, peristiwa Israk dan Mikraj menunjukkan bukti kebesaran, kekuasaan dan keagungan Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperjalankan hamba-Nya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk memperlihatkan Baginda beberapa kejadian aneh lagi pelik dan ajaib yang mana setiap kejadian itu boleh dijadikan iktibar dan pedoman hidup umat Islam di dunia ini.

 

Kemuncak Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dimikraj ialah bagi menerima perintah sembahyang, sekali gus memperlihatkan kepentingan dan keutamaan sembahyang fardu yang menjadi perintah utama kerana ia menjadi ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan sama ada semasa sihat atau sakit dan menjadi tonggak kekuatan agama.

 

Menurutnya, peristiwa Israk dan Mikraj banyak mengajarkan bahawa sembahyang adalah perkara utama dan penting dalam kehidupan manusia supaya terjalin hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala dalam apa jua situasi.

 

Melalui tazkirah yang disampaikan, adalah diharap agar warga kementerian akan dapat memperingati dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dalam sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi dan Pendidikan Teras), Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07