FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Israk Mikraj Memperlihatkan Tanda Kebesaran, Kekuasaan Allah


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 18th, 2024  |  08:56 AM  |   146 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perjalanan Israk dan Mikraj merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Dalam perjalanan berkenaan, Baginda diperlihatkan perkara-perkara yang luar biasa. Baginda juga merentasi masa lalu dan masa hadapan.

 

Perkara berkenaan merupakan antara inti pati Ceramah Khas yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2024M.

 

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, di sini, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani turut mengongsikan bahawa perjalanan Israk dan Mikraj turut menjadi ujian kepada manusia yang menguji tahap keimanan mereka.

 

Tujuan atau matlamat besar perjalanan Israk dan Mikraj katanya, adalah untuk memperlihatkan dan menunjukkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Perkara yang paling istimewa dan besar yang diberikan kepada Rasulullah dan umat Baginda dalam peristiwa ini jelasnya lagi, adalah perintah sembahyang fardu lima waktu sehari semalam.

 

Kunci utama untuk memperoleh kejayaan di akhirat kelak tambahnya, adalah dengan memelihara ibadah sembahyang kerana ibadah sembahyang merupakan amalan yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan seorang hamba ketika dihisab pada hari kiamat kelak.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian berserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Terdahulu itu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Ceramah Khas, dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Doa Penutup.

 

Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan peristiwa Israk dan Mikraj, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Pada tahun ini, majlis diselenggarakan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30