Home > Bahasa Melayu
JPM Adakan Majlis Doa Kesyukuran Puja Usia
Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
February 18th, 2024 | 09:00 AM | 187 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang Ke-50, JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.
Hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Menteri; Hakim-hakim; Setiausaha Tetap; ; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan dan bahagian; para jemputan khas dan para pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Md. Syariff Wafiuddin bin Jemain, dan diteruskan dengan bacaan Doa Khas yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.
Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]