FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasa Pemimpin TVET Dengan Kemahiran Abad Ke-21


Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH

 


 February 21st, 2024  |  08:12 AM  |   206 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH berjaya menamatkan program latihan serantau pertama secara maya pada 14 Februari 2024.

 

Seramai 22 profesional Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dari 11 Negara Anggota SEAMEO iaitu, Negara Brunei Darussalam (NBD); Kemboja; Indonesia; Lao PDR; Malaysia; Myanmar; Filipina; Singapura; Thailand; Timor Leste; dan Vietnam, termasuk pegawai kanan, pengurus dan ketua jabatan, dianugerahkan sijil kerana melengkapkan Program Latihan Serantau Secara Maya mengenai 'Kemahiran Kepimpinan Abad Ke-21 Untuk Pemimpin TVET'.

 

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Singapura ke NBD, Shaun Philip Grosse, hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutupan Secara Hibrid dan Penyampaian Sijil yang diadakan pada 20 Februari 2024 di SEAMEO VOCTECH.

 

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Haji Norjimee Jenek, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pusat; fasilitator latihan kursus, Dr. Jaya Priah Kasinathan; pengurusan dan kakitangan, bersama enam peserta program latihan NBD dan 16 peserta serantau yang hadir secara maya.

 

Menyedari keperluan bagi pemimpin TVET untuk bersaing dengan kemahiran abad ke-21 dalam persekitaran TVET yang berubah-ubah, SV membangunkan kursus untuk memperkasa pemimpin TVET di ASEAN dengan kemahiran kepimpinan moden untuk mengatasi cabaran, menggalakkan keterangkuman, memupuk inovasi, dan menyesuaikan diri dengan perubahan tenaga kerja dalam institusi masing-masing.

 

Program latihan 'Kemahiran Kepimpinan Abad Ke-21 Untuk Pemimpin TVET' selama lima hari berkenaan bertujuan untuk melengkapkan pemimpin TVET di ASEAN dengan kemahiran kepimpinan abad ke-21 yang diperlukan untuk memupuk inovasi, keterangkuman dan kebolehsuaian dalam institusi mereka bagi menyediakan platform untuk belajar dan berkongsi amalan terbaik dalam kalangan pemimpin TVET lain di rantau ini.

 

"Kemahiran kepimpinan yang telah awda asah melalui program latihan daripada pemikiran strategik dan membuat keputusan kepada memupuk kerjasama dan memacu perubahan sudah pasti akan mendorong institusi awda ke arah kecemerlangan dan impak yang lebih besar.

 

"Apabila awda kembali kepada peranan awda sebagai pemimpin dan agen perubahan, saya menggalakkan awda untuk terus komited kepada pembelajaran berterusan, pertumbuhan dan penyesuaian," kata Haji Norjimee Jenek dalam ucapannya.

 

Sementara Shaun Philip Grosse menjelaskan kepentingan TVET dalam menyediakan pekerja dengan kemahiran yang disesuaikan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang pada masa kini dan masa hadapan.

 

Beliau juga turut menekankan keperluan pemimpin yang berkebolehan untuk mengharungi cabaran yang mendatang dengan cekap dalam sektor TVET.

 

Tambahan pula, beliau mengiktiraf sumbangan pusat, khususnya melalui inisiatif seperti program latihan untuk memastikan tenaga kerja ASEAN bersedia pada masa hadapan.

 

Dengan peningkatan kemahiran dan pemahaman prinsip kepimpinan abad ke-21, peserta latihan boleh menggunakan pemikiran strategik untuk menangani cabaran dalam kepimpinan TVET dengan berkesan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56