FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sesi Muzakarah Kongsi Inisiatif, Perancangan JPM


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 February 21st, 2024  |  08:51 AM  |   383 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Permuzakarahan bersama Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) memainkan peranan penting yang merupakan wadah bagi perbincangan konstruktif, di samping sebagai pemangkin yang dapat memberikan dukungan kepada misi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam menerajui pembentukan, penyelarasan dan pelaksanaan dasar dan keutamaan kerajaan dengan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk masyarakat umum selaras dengan pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation.

 

Mengimbas kembali Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN pada tahun lepas, perkara-perkara yang telah dibangkitkan meliputi isu-isu berkaitan Wawasan Brunei 2035, pentadbiran awam, peluang-peluang pekerjaan dan pengambilan tenaga kerja serta hal ehwal strategi bidang tenaga.

 

Perkara berkenaan antara yang ditekankan oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, dalam ucapan alu-aluannya semasa Sesi Muzakarah JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama Ahli-ahli Yang Berhormat MMN bagi tahun 2024, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan JPM.

 

Ke arah ini, Yang Berhormat seterusnya menerangkan status terkini bagi inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan perancangan ke hadapan berkaitan keutamaan dan bidang fokus JPM, iaitu antaranya pencapaian Wawasan Brunei 2035 yang sentiasa dipantau khasnya menerusi Kerangka Kerja Wawasan 2035 yang disejajarkan dengan ketiga-tiga blueprint berkaitan; dan usaha-usaha menerusi pelan tindakan yang dibentuk dalam memastikan pencapaian Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (SDGs).

 

Seterusnya, Yang Berhormat menyentuh mengenai inisiatif-inisiatif pembaharuan dan penambahbaikan berkaitan dengan dasar dan peraturan dalam Perkhidmatan Awam, termasuk hal ehwal sumber tenaga manusia serta usaha-usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan; dan isu-isu pengangguran dan pengambilan tenaga kerja di sektor swasta khasnya anak-anak tempatan termasuk perancangan bagi memperluaskan peluang pekerjaan kepada golongan-golongan tertentu.

 

Menyentuh mengenai dengan perkembangan di dalam sektor tenaga pula, Yang Berhormat turut mengongsikan perkembangan inisiatif-inisiatif ke arah menjamin bekalan sumber tenaga melalui peningkatan liputan ke Mukim Sukang dan Melilas, Daerah Belait, selain memastikan sumber minyak dan gas adalah mencukupi dan berterusan bagi tujuan bekalan tenaga elektrik, produk petroleum dan juga tong Liquified Petroleum Gas (LPG).

 

"Selain itu, inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan mampan sektor tenaga khasnya berhubung pembangunan sumber-sumber di lautan dalam dan aktiviti-aktiviti kemajuan dan eksplorasi serta usaha-usaha untuk memperkembangkan sektor hiliran minyak dan gas di negara ini.

 

"Beberapa usaha telah pun giat dilaksanakan bagi memaksimumkan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan melalui Arahan Bruneianisation; dan peluang-peluang perniagaan dan perusahaan tempatan melalui Arahan Local Business Development.

 

"Bagi mendukung aspirasi negara untuk menuju ke arah Net Zero, keutamaan adalah diberikan oleh JPM bagi menguruskan pelepasan gas rumah hijau di sektor tenaga termasuk sektor huluan dan hiliran minyak dan gas, dan sistem bekalan tenaga," ujar Yang Berhormat.

 

Turut hadir pada Sesi Muzakarah berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Manakala, seramai 19 Ahli Yang Berhormat MMN juga menghadiri Sesi Muzakarah berkenaan yang diketuai oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

 

Sesi Muzakarah berkenaan bermula dengan sesi bergambar ramai dan diikuti sesi perbincangan yang didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

 

Sesi Muzakarah bersama Ahli-ahli Yang Berhormat MMN berkenaan merupakan wadah bagi JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk mengongsikan maklumat terkini mengenai pencapaian dan perkhidmatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk secara berterusan ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035; di samping bagi kedua-dua pihak untuk berkongsi idea, pandangan dan cadangan ke arah meningkatkan pemberian perkhidmatan JPM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06