FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


30 Ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA Terima Sijil


Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 February 22nd, 2024  |  08:08 AM  |   298 views

GADONG

 

Seramai 30 Ahli Platun Bulan Sabit Merah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima sijil mengikut kategori masing-masing pada acara yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para penerima ialah Sekretari Jeneral Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (BRC), IR Simon K.A. Leong.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk meraikan dua orang ahli mantan Platun Bulan Sabit Merah UNISSA iaitu Awangku Muhammad Arshrul Wa'ie bin Pengiran Amirrulzam dan Awang Muhammad Amir Faiq bin Haji Amir Hisham.

 

Mereka telah dianugerahkan dengan Sijil Kecemerlangan atas dedikasi yang sangat cemerlang, aktif dalam beberapa acara dan majlis pada peringkat universiti dan kebangsaan serta sumbangan dan bantuan yang berharga dalam pengurusan hal ehwal platun sepanjang perkhidmatan mereka sebagai Komandan dan Penolong Komandan Platun Bulan Sabit Merah UNISSA dari tahun 2022 hingga 2023.

 

Majlis juga menyaksikan penyampaian Sijil Keahlian kepada 20 ahli platun pengambilan baharu semester Ogos 2023 yang telah menyelesaikan dan lulus penilaian mereka dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas.

 

Sementara itu, enam ahli platun juga menerima Sijil Penghargaan iaitu bagi meneruskan perkhidmatan mereka selama satu tahun lagi sejak kemasukan mereka pada bulan Ogos 2022.

 

Kedua-dua Sijil Kecemerlangan dan Sijil Penghargaan merupakan satu jenis pengiktirafan kepada mahasiswa UNISSA yang bukan sahaja aktif dalam pergerakan kemanusiaan menerusi Platun Bulan Sabit Merah tetapi juga keupayaan mereka bagi mengimbangi aktiviti badan beruniform dan pengajian akademik mereka.

 

Majlis terdahulu mendengarkan ucapan daripada Ketua Pasukan Bulan Sabit Merah UNISSA 2023 / 2024,Awang Muhammad Shafiq bin Iskandar, diikuti dengan tayangan video.

 

Acara juga menyaksikan pembacaan ikrar taat setia oleh Ahli-ahli Platun Bulan Sabit Merah UNISSA sebagai satu tujuan untuk menanamkan nilai-nilai tulen yang berasaskan Tujuh Prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta membentuk disiplin dalam kalangan pelajar, menumbuhkan semangat patriotik dan kesiapan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara dalam diri pelajar.

 

Juga hadir pada majlis tersebut, Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr. Supri bin Haji Sudin dan pegawai-pegawai dari pusat tersebut berserta jemputan khas dari BRC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06