FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Sambutan Hari Kebangsaan


Kementerian Kesihatan

 


 February 22nd, 2024  |  08:12 AM  |   322 views

BERAKAS

 

Berikutan dengan keadaan cuaca panas kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah penjagaan dan perlindungan diri daripada kesan akibat cuaca panas dan gelombang haba yang boleh menjejaskan kesihatan semasa menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 pada tahun ini.

 

Cuaca panas yang terik boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kekurangan cecair dalam tubuh yang seterusnya boleh mengakibatkan individu berkenaan mudah merasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan strok haba (heat stroke).

 

Kanak-kanak dan warga emas adalah antara golongan yang paling berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan disebabkan cuaca panas ini.

 

Bagi mengelakkan dan mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas ini, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah penjagaan.

 

Antara langkah-langkah tersebut, orang ramai hendaklah menggunakan pelindung matahari (sunblock) yang bersesuaian; banyak minum air bagi mengelakkan daripada dehidrasi semasa cuaca panas. Sentiasa membawa dengan air yang dimasak atau air dalam botol dan minum secukupnya, serta elakkan dari meminum minuman yang tinggi kandungan gula; makan sarapan pagi sebelum menghadiri latihan atau majlis sambutan; Jangan hadiri acara jika berasa kurang sihat dan pakai topi yang boleh melindungi diri daripada terdedah secara langsung kepada sinar matahari.

 

Orang ramai juga hendaklah mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat; Jangan sekali-kali duduk atau tinggalkan orang atau haiwan peliharaan di dalam kenderaan yang tertutup dan tidak dipasang alat penghawa dingin dan ketahui tanda-tanda awal strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda berkenaan.

 

Antara tanda-tanda strok haba termasuk suhu badan yang tinggi; berasa pening; kurang berpeluh walaupun cuaca panas; kulit kemerahan, kering dan panas; otot terasa lemah atau berlaku kekejangan otot; berasa mual dan muntah; mengalami denyutan jantung yang cepat; mengalami pernafasan yang cepat dan cetek (tidak dapat menarik nafas dalam-dalam); mengalami perubahan tingkah laku seperti kekeliruan, hilang orientasi atau kekejutan; sawan; dan tidak sedarkan diri.

 

Orang ramai yang memerlukan bantuan perubatan semasa menghadiri sesi latihan atau semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 boleh pergi ke klinik-klinik perubatan yang disediakan.

 

Terdapat 11 klinik perubatan disediakan iaitu di Concourse Level, Clinic 1 berdekatan kawasan Pagar Utama (Main Gate); Clinic 2 berdekatan kawasan Scoreboard; Clinic 3 berdekatan Obor Sea Game dan Clinic 4 berdekatan kawasan pintu masuk belakang (back entrance).

 

Sementara di Ground Level, Clinic 5 berdekatan kawasan Sports Medicine And Research Centre (SMRC), Clinic 6 berdekatan kawasan Gym dan Clinic 7 berdekatan kawasan Tangga Besar.

 

Manakala, di luar kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Clinic 8 kawasan Budiman Walk; Clinic 9 kawasan Pentagon Park; Clinic 10 kawasan Kolam Renang Kebangsaan dan Clinic 11 kawasan Stadium Tertutup.

 

Bagi sebarang perkembangan terkini, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang Kementerian Kesihatan di 'www.moh.gov.bn' atau mengikuti media sosial rasmi '@mohbrunei' atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06