FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Makan Malam Sempena Hari Kebangsaan, Pembebasan Kuwait


Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 February 22nd, 2024  |  08:31 AM  |   318 views

JERUDONG

 

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait Ke-63 dan Sambutan Hari Pembebasan Kuwait Ke-33, Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini mengadakan Majlis Resepsi Makan Malam di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, di sini.

 

Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan NBD, diikuti dengan Lagu Kebangsaan Kuwait.

 

Pada majlis berkenaan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke NBD, Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi telah menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi berserta wakil-wakil Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) terdiri daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke NBD, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Al Buraithin; Charge d’affaires, ad interim Kedutaan Qatar ke NBD, Mr. Mohammed Abdulrahma M.A. Al-Jufairi; dan Charge d’affaires, ad interim Kedutaan Oman ke NBD, Mr. Sultan bin Mohamed Al Azri, bersama-sama memotong kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait.

 

NBD dan Kuwait menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1 Mei 1990 dan terus berkembang sehingga kini meliputi bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan sukan.

 

Sejak penubuhan diplomatik, kedua-dua buah negara merancang beberapa strategi untuk mengeratkan lagi hubungan dengan mengadakan pertukaran lawatan di antara pemimpin, pembesar dan mengadakan mesyuarat dua hala di antara kedua-dua buah negara.

 

NBD telah menubuhkan pejabat di Kuwait pada bulan Disember 2009, manakala Kuwait pula menubuhkan pejabat kedutaannya di Bandar Seri Begawan pada bulan September 2008.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28