FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Norwegian Jewel Bawa Pelancongan Tiba Di NBD


Jabatan Kemajuan Pelancongan

 


 February 23rd, 2024  |  08:35 AM  |   342 views

MUARA

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) sedang mencipta momentum dalam pelancongan pelayaran, mencapai satu lagi kejayaan besar dengan ketibaan kapal pelayaran kedua tahun ini iaitu Norwegian Jewel.

 

Ini mempamerkan komitmen negara untuk menjadi destinasi teratas dalam peta pelayaran global, terutamanya selepas kebangkitan semula pelancongan pelayaran tahun lepas.

 

Norwegian Jewel berlayar dari Phu My, Viet Nam, dan berlabuh di NBD dengan membawa seramai 2,101 penumpang dan 1,027 anak kapal.

 

Pengunjung berpeluang meneroka pakej pelancongan yang terpilih, merakamkan mercu tanda terkenal seperti Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja, Jame' 'Asr, Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Istana Nurul Iman dan Kampong Ayer.

 

Sepanjang penginapan singkat di negara ini, mereka turut berpeluang menikmati pelbagai juadah dan minuman tempatan serta membeli cenderahati tradisional NBD.

 

Menurut Shelly dari State of Montana, Amerika Syarikat (AS), beliau menyifatkan lawatan pertamanya ke Negara Brunei Darussalam sebagai satu pengalaman yang menarik. Dia menyertai lawatan ke paya bakau, di mana dia dapat memerhati monyet Bangkatan (Proboscis) dari dekat sebelum melawat Kampong Ayer.

 

Semasa lawatannya ke Kampong Ayer pula, beliau disambut mesra oleh kanak-kanak tempatan dan dapat menyaksikan mereka bermain permainan tradisional.

 

Sementara itu, Gayle dari Florida, AS, adalah antara peserta awal lawatan tersebut, beliau berkesempatan melawat Istana Nurul Iman, Kampong Ayer dan tapak-tapak menarik lain. Beliau menyatakan hasratnya untuk kembali mengadakan lawatan ke NBD pada masa hadapan.

 

Christopher Lawson dari United Kingdom sebelum ini membuat lawatan ke NBD pada tahun 1963 dan 1993, kembali melawat sekitar bandar untuk menyaksikan perkembangannya selama ini dan juga menikmati alam sekitar. Tambahnya, beliau akan kembali ke negara ini dalam masa terdekat.

 

NBD menerima ketibaan empat kapal pelayaran tahun ini yang mana kapal seterusnya, Crystal Symphony dijadualkan tiba pada 10 Mac 2024, menonjolkan daya tarikan negara sebagai destinasi baharu muncul dalam dunia pelancongan pelayaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Kemajuan Pelancongan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07