FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Tingkatkan Rangkaian Perdagangan Antarabangsa, Penglibatan Pengusaha Baharu


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 February 23rd, 2024  |  08:54 AM  |   608 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menyentuh mengenai pembangunan ekonomi negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah menzahirkan rasa gembira dengan adanya kemajuan dalam bidang bukan minyak dan gas yang telah memberi akses kepada pasaran-pasaran baharu dengan meningkatkan maritime connectivity dengan negara-negara luar.

 

“Alhamdulillah, usaha telah dilihat tercapai, apabila syarikat Muara Port Company Sdn. Bhd. telah berjaya merasmikan pelayaran pertama perkapalan kontena, langsung dari Pelabuhan Muara ke Pelabuhan Qinzhou, Republik Rakyat China pada tahun 2023.

 

“Pencapaian ini juga adalah seiring dengan hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah sebuah hab terpenting dalam meningkatkan rangkaian perdagangan antarabangsa khasnya kawasan BIMP-EAGA," jelas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Titah Perutusan bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Dalam masa yang sama, menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia lagi, usaha juga dilaratkan kepada peningkatan projek usaha sama dengan Pelaburan Langsung Asing antaranya dalam bidang berkaitan sekuriti makanan yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan import.

 

Kita juga tegas baginda, ingin terus melihat kemajuan pengusaha-pengusaha tempatan dalam bidang-bidang yang diutamakan oleh negara, dan meningkatkan penglibatan pengusaha-pengusaha baharu, khususnya di kalangan generasi muda.

 

“Keyakinan ini terbit dari sikap orang-orang Brunei yang cekal berusaha memajukan diri meskipun ada kalanya berhadapan dengan pelbagai cabaran," titah Kebawah DYMM lagi.

 

Di arena antarabangsa pula, jelas baginda pada tahun ini adalah merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dengan 37 buah negara luar, Ini termasuk keahlian negara di pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa, khasnya ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Komanwel, di mana dengan jalinan hubungan diplomatik itu telah mengharumkan nama serta sekali gus profil Negara Brunei Darussalam di mata dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55