Home > Bahasa Melayu
Bacaan Surah Yaa Siin, Doa Khas Sempena Nisfu Syaaban
February 24th, 2024 | 07:50 AM | 99 views
MENTIRI
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) akan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Khas bersempena dengan Nisfu Syaaban bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi.
Majlis tersebut akan diadakan di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Hassanal Bolkiah, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri pada Sabtu, malam Ahad, 15 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 24 Februari 2024 Masihi mulai pukul 6.00 petang.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama memperoleh ganjaran pahala dan keberkahan daripada Allah Subhanahu Wata'ala di samping mengimarahkan masjid, surah dan balai ibadat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Hal Ehwal Ugama
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]