FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CITA 40 : Manifestasi 40 Pelukis Wanita Terhadap Erti Kemerdekaan


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 24th, 2024  |  08:04 AM  |   214 views

MABOHAI

 

Pameran Lukisan CITA 40 sempena Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024 berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok, 24 Februari 2024 bertempat di Art Venue, Mabohai Shopping Complex.

 

Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat dengan menandatangani poster perasmian dan seterusnya mencalit warna atas kanvas lukisan.

 

Terdahulu, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Awang Alias bin Asat.

 

Tetamu kehormat kemudian menyaksikan pameran lukisan dan kemudian bergambar ramai bersama para pelukis dan Ahli Jawatankuasa Pameran Lukisan CITA 40.

 

Tajuk yang dipilih untuk pameran kali ini ialah 'CITA 40, Bersatu Mencapai Cita Negara', iaitu sebuah ungkapan ringkas, padat dan sarat dengan makna yang signifikan dengan Sambutan Ulang Tahun HK Ke-40 pada tahun ini.

 

Ungkapan 'CITA' berkenaan diambil daripada slogan yang ada pada logo HK pada tahun ini, iaitu 'Bersatu Mencapai Cita Negara', manakala nombor '40' diambil sempena 40 tahun Sambutan HK NBD pada tahun ini.

 

Dalam konteks pameran 'CITA 40', ia adalah manifestasi 40 pelukis wanita terhadap erti kemerdekaan dengan lukisan mereka akan 'menceritakan' tentang cita mereka secara peribadi atau pada negara sama ada dalam bentuk yang tersurat atau yang tersirat.

 

Pameran berkenaan berobjektif untuk menampilkan pelukis wanita NBD untuk mempamerkan lukisan mereka secara berkumpulan selain menanam dan mengukuhkan lagi semangat patriotisme bagi pelukis itu sendiri khasnya dan rakyat NBD amnya.

 

Aktiviti seumpama berkenaan juga dapat mengimarahkan lagi Sambutan Ulang Tahun HK NBD Ke-40 dan memanifestasikan rasa kecintaan kepada raja dan negara melalui seni lukis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07