FacebookInstagramTwitterContact

 

USMNT's Sergiño Dest To Miss Copa América With Torn ACL           >>           USWNT Legend Carli Lloyd Pregnant With Her First Child           >>           The Dutch-Born Quartet Who Are One Win Away From Reaching The Olympics -- With Indonesia           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menggalakkan Kerjasama Dalam Membentuk Hala Tuju, Masa Depan NBD


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 27th, 2024  |  08:15 AM  |   139 views

TUNGKU LINK

 

Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam (UBD) menganjurkan Forum Brunei bertujuan untuk menyediakan platform bagi membincangkan secara mendalam mengenai landskap kontemporari dan masa depan Negara Brunei Darussalam (NBD) dengan memberikan tumpuan kepada Wawasan Brunei 2035.

 

Forum yang bertemakan 'Brunei Today and Over the Next Thirty Years' berkenaan diadakan di UBD selama dua hari, bermula hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Wawasan), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohamad.

 

Pengarah APB, Dr. Haji Tassim bin Haji Abu Bakar, dalam ucapannya menzahirkan harapan agar forum berkenaan akan dapat menyumbang kepada kejayaan kitani bersama dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, melalui pembentangan, ilmu pengetahuan yang dikongsikan dan pandangan yang diperoleh daripada forum berkenaan.

 

"Melalui forum ini juga, diharap akan dapat memperkukuh APB serta kedudukan UBD di peringkat antarabangsa sebagai pusat penyelidikan akademik mengenai Brunei kontemporari, memperkukuh universiti dan meningkatkan Mendepan Bersama sebagai pusat serantau dan antarabangsa terutama dalam aspek penyelidikan mengenai Brunei," katanya.

 

Ucaptama pada hari pertama forum berkenaan disampaikan oleh Pengarah Institut Alam Sekitar dan Kelestarian, Universiti Kebangsaan Singapura, Profesor Benjamin Cashore.

 

Forum berkenaan turut menampilkan sesi khas daripada dalam kalangan pemimpin perniagaan tempatan yang terdiri daripada Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Belait Shipping Co. Sendirian Berhad, Haji Awang bin Haji Ali; Pengurus Besar SPHI Foods Sendirian Berhad, Awang Haji Ibrahim Khalili bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies Sendirian Berhad, Dayang Haslina binti Mohd. Taib.

 

Satu ceramah khas mengenai ekonomi dan wawasan turut disampaikan oleh Pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD, Gabriel Yit Vui Yong, dengan tajuk 'Blue Urbanism Strategy to Climate Adaptation'.

 

Hari kedua forum berkenaan mengetengahkan penceramah khas, iaitu

 

Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin yang menyampaikan sesi khas bertajuk 'Transformasi Belia Brunei - Kecenderungan Terhadap Kegiatan Ugama dan Kemasyarakatan'.

 

Selain itu, wakil daripada para pemimpin belia dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) turut berkongsi pemikiran dan pandangan dalam satu lagi sesi khas.

 

Para penceramah panel termasuk Pengasas Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari; Pengasas Bersama Hand4Hand Brunei, Awang Haji Muhammad Iqbal Fakhri bin Haji Damit; Dayang Amal Kasibah binti Bahari daripada Belia Menentang Perhambaan dan Pengedaran Manusia; dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis Kesejahteraan Masyarakat, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd. Kassim.

 

Forum berkenaan juga menampilkan 15 sesi pembentangan secara selari yang membolehkan para ahli akademik menyampaikan hasil dapatan dan pandangan mereka mengenai pelbagai tema, termasuk budaya dan pembangunan alam sekitar; pembangunan ekonomi dan keusahawanan; hubungan antarabangsa, belia dan pembangunan kapasiti; serta kesihatan dan penuaan.

 

Forum Brunei akan diakhiri dengan penyampaian rumusan penutup oleh Professor Ooi Keat Gin dan Professor Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah.

 

Manakala, ucapan penutup disampaikan oleh Pengarah APB.

 

Forum Brunei 2024 diharap menjadi platform penting bagi menggalakkan kerjasama dan membentuk hala tuju dan masa depan NBD.

 

Hasil perbincangan yang dijalankan semasa forum berkenaan pastinya akan menyumbang kepada merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47