FacebookInstagramTwitterContact

 

Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhidmatan SMS Tabung Dana Pembinaan Masjid Dilancarkan


Alisahrin Haji Mumin

 


 February 28th, 2024  |  08:20 AM  |   163 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Orang ramai sekali lagi berpeluang untuk menyumbang ke Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau SMS bagi tempoh selama 10 bulan, bermula hari ini hingga 24 Jamadilakhir 1446H bersamaan 26 Disember 2024.

 

Sumbangan seangkat-angkat hati boleh diberikan melalui perkhidmatan SMS dengan menaip MASJID, diikuti 100, 50, 20, 15, 10, 5 atau 1 tanpa jarak dan hantar ke talian 38111 bagi pengguna DST dan Progresif, manakala 39999 bagi pengguna Imagine Sendirian Berhad.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid berlangsung petang tadi di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD.

 

Mengiringi tetamu kehormat bagi Pelancaran Perkhidmatan SMS Tabung Dana tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST Sendirian Berhad, Radin Sufri Radin Basiuni; Ketua Pegawai Pentadbiran, Progresif Sendirian Berhad, Abdul Hakeem bin Haji Basir; dan wakil dari Imagine Sendirian Berhad, Awang Mohamed Hazman bin Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut mengiringi ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, selaku Ketua Urusetia Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD.

 

Majlis Pelancaran Perkhidmatan SMS tersebut diserikan dengan tayangan video klip Promo Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD, diikuti dengan acara penghantaran sumbangan melalui SMS beramai-ramai oleh para hadirin.

 

Kemudian acara diteruskan dengan Majlis Penerimaan Kutipan Sumbangan Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD bagi Tahun 2023.

 

Sejumlah BND245,448.00 telah berjaya dikutip melalui penerimaan sumbangan perkhidmatan pesanan ringkas SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD, yang telah dibukakan selama 9 bulan bermula 21 Mac 2023 hingga 20 Disember 2023 yang lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DST Sendirian Berhad menyerahkan sumbangan dari kutipan SMS sebanyak BND210,619.00, dan diselajurkan dengan penyampaian sumbangan dari DST Sendirian Berhad sebanyak BND10,000.00 untuk Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD.

 

Manakala, Progresif Sendirian Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Pentadbiran, telah menyerahkan sebanyak BND31,858.00, dan Imagine Sendirian Berhad yang diwakili oleh Awang Mohamed Hazman telah menyerahkan BND2,971.00 yang mana setiap jumlah tersebut adalah kutipan yang berjaya dikumpul sepanjang tempoh kutipan dibukakan.

 

Sejak Perkhidmatan Kutipan Sumbangan Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD dibukakan melalui SMS dari tahun 2015 hingga tahun 2023, Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid telah berjaya mengutip sebanyak BND1,907,331.00.

 

Adapun Penubuhan Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD adalah dihasratkan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala dengan membina masjid, sekali gus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat.

 

Pelancaran dana tersebut memberi peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menginfakkan (membelanjakan) harta yang dimiliki dengan niat sebagai ibadah dan melipatgandakan amal kebajikan semata-mata bagi meraih ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada orang-orang yang membina masjid.

 

Sehingga bulan Januari 2024, baki keseluruhan Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD ialah sebanyak BND25,338,123.27.

 

Sejak awal penubuhan Tabung Dana sehingga kini, Tabung Dana telah berjaya melaksanakan dua buah projek pembinaan masjid baharu, dan tiga buah projek pemuliharaan dan ketika ini, sebuah projek pembinaan masjid baharu iaitu Masjid Kampung Junjongan dan dua buah projek tambahan bangunan sedang giat dilaksanakan, iaitu Masjid Kampung Sungai Buloh dan Masjid Kampung Kupang, dan projek seterusnya ialah pembinaan Masjid Baharu Kampung Ukong di Daerah Tutong.

 

Kemajuan yang dicapai merupakan sambutan, komitmen dan sumbangan seangkat hati orang ramai terhadap Tabung Dana ini dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala menerima segala amalan kita semua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07