FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perubahan, Pembaharuan Hendaklah Bersifat Mesra Rakyat


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:05 AM  |   112 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir menyembahkan ucapan setinggi-tingginya menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN pada Selasa, 27 Februari 2024 dan menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Selaku rakyat jelas Yang Berhormat, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan seorang raja yang sentiasa prihatin dengan kesejahteraan rakyat.

 

"Dalam titah, baginda menegaskan adalah penting setiap agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hendaklah menggunakan peruntukan yang disediakan dengan lebih berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam," ujar Yang Berhormat.

 

Walau bagaimanapun jelas Yang Berhormat, dalam perkara berkenaan setiap perubahan atau pembaharuan yang dibuat sama ada terkait dengan dasar-dasar atau peraturan dan perkhidmatan hendaklah bersifat mesra rakyat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, mana-mana perkhidmatan yang dahulunya difikirkan membebankan dari segi masa dan cara hendaklah dipercepatkan serta dipermudahkan melalui kaedah dan penggunaan teknologi yang mesra pengguna.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, memang tidak dapat dinafikan bahawa perbelanjaan kerajaan telah pun meningkat setiap tahun bagi tujuan pembangunan dan Daerah Temburong tidak terkecuali menikmati limpahan pembangunan yang disediakan.

 

"Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin antara pembangunan mega yang menjadi kebanggaan serta dapat dinikmati dan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat dan sekali gus dapat merancakkan aktiviti sosial dan ekonomi seharian.

 

"Namun, usaha bagi meramaikan Pekan Bangar adalah satu cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani dengan sewajarnya.

 

"Cadangan bagi menjadikan Daerah Permata Hijau ini sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan adalah satu langkah yang perlu difikirkan bagi merancakkan aktiviti sosioekonomi di Daerah Temburong," ujar Yang Berhormat lagi pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini..

 

Dalam masa yang sama tambah Yang Berhormat, pelancongan pendidikan dilihat sebagai sasaran hala tuju yang mampu menjana ekonomi negara.

 

"Di kesempatan ini juga, kaola sukacita menyeru kepada diri kaola sendiri dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat menerapkan kaedah turun padang sebagai mekanisme bagi mendapatkan input-input yang tepat terutama sekali hal-hal kesejahteraan rakyat seperti yang diharapkan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07