FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Kestabilan, Kelestarian Ekonomi Negara


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:09 AM  |   129 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN pada Selasa, 27 Februari 2024 dan menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Yang Berhormat menyembahkan sokongan dan usaha padu serta sedaya upaya dalam menunaikan hasrat titah baginda dengan kemampuan dan buah fikiran untuk sama-sama berbincang dan memberikan cadangan bagi isu-isu yang dianggap bermanfaat terutama sekali yang berkaitan dengan kesejahteraan penduduk dan rakyat di negara ini.

 

Titah berkenaan jelas Yang Berhormat, mencerminkan keprihatinan dan pemedulian baginda terhadap rakyat dan negara yang amatlah teliti dan berwibawa dan tidak hanya memfokuskan kepada kepentingan nasional, tetapi juga kepada kebajikan dan keperluan rakyat jelata.

 

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kaola sebagai wakil rakyat dari peringkat akar umbi dalam menanai hasrat dan harapan baginda dan sepenuhnya bersetuju bahawa Dewan Majlis ini adalah medan terbaik untuk memperjuangkan pendapat dan idea-idea yang membina bagi kemajuan negara..

 

"Perbincangan yang berintegriti dan terbuka adalah teras kepada sistem perundangan yang kukuh dan adil lagi saksama," ujar Yang Berhormat.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, pemahaman dan kesedaran sebagai Ahli MMN terhadap perkembangan semasa, sama ada di peringkat kebangsaan, serantau, atau antarabangsa setentunyalah adalah penting.

 

Dengan itu jelas Yang Berhormat, hanya melalui pengetahuan yang komprehensif dan pemahaman yang mendalam, kita dapat memperoleh pandangan yang inklusif serta mengemukakan cadangan dan penyelesaian yang relevan dan berkesan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

 

"Kerjasama bersama pihak-pihak berkuasa kerajaan dan sektor-sektor lain adalah kunci kejayaan dalam merealisasikan matlamat pembangunan negara.

 

"Kaola dan rakan-rakan Ahli MMN sentiasa aktif melibatkan diri dalam sesi muzakarah dan dialog berterusan bersama pihak-pihak berkenaan dan setentunya ia harus dipupuk untuk memastikan kepentingan semua pihak diambil kira secara saksama.

 

"Kaola juga ingin menyembahkan sokongan padu terhadap pertumbuhan ekonomi negara untuk masa depan ekonomi kita tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada sektor minyak dan gas," Ujar Yang Berhormat lagi pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Oleh itu, Yang Berhormat menjelaskan perluasan sektor-sektor yang lain seperti pertanian, makanan, kewangan, pengangkutan, pelancongan, dan penapisan minyak dan gas hiliran adalah strategi yang bijak dalam memastikan kestabilan dan kelestarian ekonomi kita.

 

Dalam pembangunan-pembangunan berkenaan juga menurut Yang Berhormat, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap generasi akan datang dengan melindungi dan menjaga sumber-sumber alam kitani.

 

"Ke arah pembangunan jangka panjang yang mantap dan efisien juga kaola serta rakan-rakan akan terus mendukung usaha kerajaan dalam keperluan-keperluan bagi apa juga perancangan dan pelaksanaan yang teliti dan bersepadu serta juga memastikan bahawa pembangunan ekonomi adalah inklusif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan yang kurang berupaya.

 

"Titah baginda memberikan semangat kepada kaola untuk terus berusaha dengan penuh integriti, keikhlasan dan kesungguhan dalam mencapai matlamat ke arah negara yang lebih maju dan berdaya saing. 

 

"Kita juga, sebagai rakyat memainkan peranan dalam menyanjung tinggi segala gagasan baginda demi sama-sama menyemai tanggungjawab agar dapat menjaga keharmonian dan kestabilan negara justeru meningkatkan kualiti kehidupan rakyat sejajar dengan Wawasan Brunei 2035," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16