FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Bersedia Melibatkan Diri, Bantu Mempertingkatkan Ekonomi Negara


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:17 AM  |   132 views

BERAKAS

 

Pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20, Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Ahli MMN, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, menyokong sepenuhnya usul yang disampaikan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

"Titah nasihat baginda bagi kaola dan ahli-ahli Yang Berhormat untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina bagi membincangkan perkara-perkara strategik yang bermanfaat bagi rakyat dan negara akan kaola jadikan sebagai garis pandu dalam mengajukan dan meneliti perkara-perkara dan isu-isu strategik yang akan kaola bangkitkan dalam dewan yang mulia ini," jelas Yang Berhormat Pengiran Haji Isa.

 

Menurutnya, titah saranan baginda bagi ahli-ahli Yang Berhormat MMN untuk sentiasa 'turun padang' bermuzakarah dengan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan baginda mengenai perihal pentingnya perundingan yang menyeluruh dan 'inclusive' yang baginda percaya akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan dapat membantu dalam reka dasar kerajaan.

 

Dalam hal ini, Yang Berhormat menyatakan akan sentiasa bersedia melibatkan diri dengan pihak kerajaan dan dengan sedaya upaya bersama rakan-rakan para pengusaha yang lain dalam apa juga usaha-usaha membantu negara bagi mempertingkatkan perekonomian negara, menjana peluang-peluang pekerjaan untuk anak tempatan, pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia terutama sekali para belia dan memperkasa dan memudah cara keterlibatan belia dalam bidang perniagaan.

 

Yang Berhormat turut menjelaskan akan sentiasa memfokuskan kepada membangkitkan strategi dan hala tuju kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha-usaha dan inisiatif mempelbagaikan ekonomi negara, menaikkan hasil kutipan dan strategi untuk mengurangkan perbelanjaan demi untuk 'mendamitkan' jurang defisit yang sudah bertahun menjadi cabaran utama kepada kewangan negara 'kitani'.

 

Di samping isu-isu semasa seperti pelaksanaan dasar perubahan iklim negara dan perubahan dasar atau proses atau peraturan yang melibatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa menekankan akan memfokuskan kepada dasar, strategi dan inisiatif yang ketara dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara yang mampan melalui sektor bukan minyak dan gas dan lima sub sektor seperti yang digariskan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

"Kaola berharap dengan perdebatan yang sihat dan harmoni nanti antara kalangan Yang Berhormat menteri-menteri dan ahli-ahli Yang Berhormat, akan dapat membuahkan satu hasil yang diharapkan dengan tindakan-tindakan yang akan dibuat dengan cepat dan tepat dengan dasar yang bersesuaian agar kita tidak ketinggalan dan mempercepatkan pencapaian wawasan negara 2035," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07