FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberkesanan Perkhidmatan Perlu Diimbangi Perancangan, Pelaksanaan Belanjawan


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:26 AM  |   127 views

BERAKAS

 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) terus mengingatkan kita semua bahawa dalam mengejar kemajuan dan perkembangan pembangunan negara ini, kita tidak lepas dari persekitaran global yang dipengaruhi ketidaktentuan ekonomi dunia juga politik, krisis kesihatan termasuklah kepentingan berkaitan perubahan iklim.

 

Justeru ia juga menuntut setiap sektor di negara ini untuk lebih bijak dalam menyusun atur perancangan masing-masing sebagai menyesuaikan kepada trend berkenaan bagi memastikan pelaksanaan yang berkesinambungan dan pencapaian keberhasilan yang sepenuhnya.

 

Titah baginda berkenaan turut menekankan komitmen tinggi kerajaan pada memastikan keberkesanan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan khasnya untuk kepentingan rakyat dan penduduk negara ini.

 

Namun keberkesanan yang dihasratkan tersebut perlulah diimbangi dengan perancangan dan pelaksanaan belanjawan serta berhemah serta menitikberatkan pelaburan yang memberikan pulangan yang bermakna atau 'value for investment'.

 

Demikian antara yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyokong usul Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim iaitu usul menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, hari ini.

 

Terdahulu, Yang Berhormat memetik mengenai titah Kebawah DYMM yang menyarankan agar pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk terus memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan pengetahuan Ahli-ahli MMN khasnya menerusi penglibatan dalam mana-mana keahlian jawatankuasa ataupun 'task force' yang diamanahkan.

 

“Kurnia titah bernas baginda ini bukan sahaja menitikberatkan keseimbangan dalam perencanaan sebarang keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan, iaitu dengan memastikan keterlibatan pihak-pihak berkepentingan lainnya dalam proses tersebut malah turut mengiktiraf keupayaan ahli-ahli majlis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan masing-masing.

 

“Perkara berkeutamaan yang terakhir dari petikan titah baginda berkenaan menyentuh perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat tahun demi setahun, namun kerajaan masih mampu menyediakan sejumlah belanjawan bagi keperluan pembangunan.

 

“Sehubungan itu, baginda menegaskan kepentingan setiap agensi kerajaan menggunakan peruntukan yang disediakan dengan lebih berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk rakyat negara ini,"jelas Yang Berhormat lagi pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Baginda juga tegas Yang Berhormat menekankan kepentingan untuk tidak lagi bergantung pada sektor minyak dan gas bagi ekonomi negara.

 

Namun begitu, kata Yang Berhormat hala tuju sektor huluan minyak dan gas mesti sahaja perlu dikekalkan dan terus diaktifkan di samping usaha-usaha memperkembangkan sektor hiliran serta memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan bahan-bahan api.

 

Dalam pada itu tekan Yang Berhormat lagi adalah wajar bagi usaha-usaha diteruskan dan dipertingkatkan oleh kesemua pihak yang bertanggungjawab secara bersepadu.

 

Yang Berhormat seterusnya mengajak semua ahli-ahli yang dilantik untuk berbincang dengan mengamalkan sifat keterbukaan dan syura, mengutarakan pandangan serta pendapat dalam isu yang berkepentingan kepada negara.

 

“Namun apa yang utama ialah berasaskan data-data dan maklumat yang betul dan 'relevant' sebagai menekankan pendekatan 'evident base' dan juga 'solution base'.

 

“Dengan cara ini juga akan mempermudahkan lagi pihak-pihak berkaitan dalam kerajaan untuk membuat penyesuaian terhadap sebarang dasar dan peraturan sedia ada yang berhubung kait dengan isu yang ditimbulkan termasuklah sebarang saranan ke arah memperkesankan perancangan dan pelaksanaan bidang-bidang yang menjadi tumpuan sektor-sektor utama di negara ini.

 

“Ini adalah selaras dengan kurnia titah Kebawah DYMM, yang menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat inisiatif-inisiatif masing-masing ke arah membantu kerajaan dalam usaha-usaha menjana peluang-peluang pekerjaan, mempertingkatkan sektor-sektor perekonomian dan pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia, termasuklah dalam kalangan pengusaha-pengusaha tempatan dan golongan-golongan tertentu,"tegas Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat sangat yakin dengan pengalaman luas Ahli-ahli MMN yang pernah berkhidmat dengan kerajaan mahupun mencapai kecemerlangan melalui penglibatan di sektor swasta serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebeliaan, perniagaan dan seumpamanya mempunyai kelebihan dalam memberikan pandangan atau saranan dari pelbagai sudut untuk membantu pihak kerajaan merancang serta melaksanakan inisiatif untuk memajukan Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16