FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Perancangan Strategik Sejajar, Selaras Wawasan Brunei 2035


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:39 AM  |   152 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim menyeru kepada semua pihak di negara ini, khususnya warga perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk sama-sama menghayati dan menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 2024.

 

“Berusaha dengan gigih, komitmen dan tanggungjawab dan bekerjasama melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang mendukung kepimpinan dan hasrat baginda ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

“Salah satu faktor penting dalam memastikan kejayaan wawasan tersebut ialah pensejajaran bagi semua agensi kerajaan mahupun swasta dikehendaki untuk memastikan perancangan strategik masing-masing adalah sejajar dan selaras dengan matlamat wawasan berkenaan.“

 

Usul tersebut adalah antara yang digariskan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM dalam Perkara V pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

“Dalam masa yang sama ia juga meningkatkan kolaborasi antara pelbagai agensi dan pihak yang berkepentingan untuk mengenal pasti dan menangani 'common and crosscutting issues dan challenges' yang memberikan kesan kepada pelbagai pihak khususnya masyarakat.

 

“Usaha-usaha seumpama ini diharap akan dapat meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan penggunaan sumber yang optimum di samping mengelakkan duplikasi dan pembaziran," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat juga menyarankan agar Kementerian-kementerian sentiasa meneliti semula, mengemas kini dasar-dasar peraturan, prosedur kerja yang sedia ada di samping menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya kepesatan dan kecanggihan teknologi digital sebagai langkah berterusan ke arah mengurangkan birokrasi, mempercepatkan proses dan meningkatkan ketelusan produktiviti serta kualiti perkhidmatan yang diberikan di samping membanteras amalan-amalan yang menyalahi undang-undang peraturan dan etika kerja seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu peranan MMN sebagai medan untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina oleh para ahli yang dihasratkan kekal relevan untuk membincang perkara-perkara strategik yang bermanfaat bagi rakyat dan negara.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, baginda menekankan mengenai kepentingan bagi Ahli-Ahli MMN untuk sentiasa peka mengikuti perkembangan yang berlaku bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di peringkat serantau mahupun antarabangsa bagi memberikan perspektif berbeza serta idea-idea baru yang boleh menyuntik kemajuan dalam bidang-bidang utama yang diperlukan.

 

“Baginda juga menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa turun padang untuk bermuzakarah dengan pihak-pihak yang berkepentingan dari sektor kerajaan, swasta, persatuan-persatuan, dan lebih-lebih lagi para penduduk yang diwakili masing-masing bagi memastikan 'inclusiveness' kesemua pihak dan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat serta membantu reka dasar kerajaan.

 

“Ahli-ahli Yang Berhormat juga, baginda sarankan untuk melaksanakan inisiatif masing-masing ke arah membantu kerajaan dan menjana peluang-peluang pekerjaan, mempertingkatkan sektor-sektor perekonomian dan pembangunan, kapasiti sumber tenaga manusia termasuk dalam kalangan pengusaha tempatan dan golongan tertentu yang lain," tegas Yang Berhormat.

 

Menyentuh mengenai ekonomi negara, Yang Berhormat menjelaskan Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengambil maklum bahawa berdasarkan Laporan ASEAN Plus Three Micro Economic Research Office (AMERO), ekonomi Negara Brunei Darussalam diramalkan akan mengukuh kepada 2.4 peratus pada tahun 2024 yang diterajui oleh Sektor bukan Minyak dan Gas melalui aktiviti perekonomian dalam beberapa subsektor termasuk pertanian, kewangan, pengangkutan dan pelancongan serta peluasan dalam sektor penapisan minyak dan gas asli.

 

Baginda juga, jelas Yang Berhormat mengambil maklum bahawa beberapa usaha untuk mempelbagaikan ekonomi telah pun dilaksanakan, namun ia masih belum mencukupi untuk mengimbangi kedudukan defisit fiskal kerajaan.

 

“Oleh yang demikian, baginda menyarankan supaya negara tidak lagi terlalu bergantung pada sektor minyak dan gas semata-mata disebabkan terdapatnya beberapa faktor di luar kawalan kita seperti penurunan pengeluaran minyak dan gas dan harga pasaran global minyak dan gas yang tidak menentu.

 

“Dalam hubungan tersebut, baginda menyarankan supaya usaha-usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara akan terus dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada industri-industri strategik yang berpotensi untuk berjaya. Pada masa yang sama, memberikan perhatian kepada isu semasa seperti pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim," kata Yang Berhormat lagi.

 

Baginda seterusnya, tegas Yang Berhormat menekankan supaya hala tuju pengeluaran minyak dan gas diaktifkan dan industri hiliran minyak dan gas dikembangkan serta bekalan tenaga elektrik dan bahan api terus diutamakan.

 

Kebawah DYMM seterusnya juga jelas Yang Berhormat menyentuh mengenai perbelanjaan kerajaan yang dilihat semakin meningkat tahun demi tahun, namun demikian baginda bersyukur kerajaan baginda masih mampu untuk menyediakan sejumlah belanjawan bagi keperluan pembangunan.

 

Dalam hal tersebut, Yang Berhormat memaklumkan bahawa baginda menitahkan agar setiap agensi kerajaan menggunakan peruntukan yang disediakan dengan lebih berhemah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi penduduk dan rakyat negara ini.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan di mana Kebawah DYMM menyentuh mengenai peranan dan kepentingan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) dalam menjana pembangunan negara dan dalam mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035, dalam mana baginda berharap supaya projek-projek RKN ini akan dapat dipercepatkan mengikut garis masa yang telah ditentukan.

 

“Baginda seterusnya berharap blueprints yang berkaitan dengan perekonomian akan mendorong kepada pertumbuhan sektor yang disasarkan dan akan dapat menarik lebih banyak lagi Pelaburan Langsung Asing yang berpotensi untuk menjana peluang-peluang pekerjaan baharu,"jelas Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07