Home > Bahasa Melayu
Pelantikan Peguam Negara Baharu
February 29th, 2024 | 08:42 AM | 169 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib, dilantik menjadi Peguam Negara bagi menggantikan Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.
Tarikh pelantikan pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa mulai Khamis, 19 Syaaban 1445 bersamaan 29 Februari 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]