FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Perkhidmatan Penghantaran Gomamam Ke Kampong Ayer


Saerah Haji Abdul Ghani

 


 March 2nd, 2024  |  07:01 AM  |   413 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi membuka saluran kemudahan dan akses kepada pelanggan di Kampong Ayer, perkhidmatan penghantaran GoMamam ke Kampong Ayer dilancarkan petang tadi.

 

Penduduk di Kampong Ayer kini boleh menikmati pelbagai pilihan daripada vendor kegemaran yang dihantar terus ke rumah mereka melalui perkhidmatan penghantaran GoMamam bermula 1 Mac 2024.

 

Hadir semasa Majlis Pelancaran yang berlangsung di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di sini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GoMamam, Awang Abdul Hadi bin Haji Abdul Wahab dalam ucapannya menjelaskan bahawa memperluaskan perkhidmatan penghantaran GoMamam ke Kampong Ayer, merupakan pertama kali direkodkan di rantau ini.

 

Menurutnya, dengan mengetengahkan kebangkitan 'Padian' iaitu identiti kebruneian melalui aplikasi, telah dimodenkan dengan GoMamam, di mana penduduk Kampong Ayer kini boleh menikmati kemudahan tempahan daripada lapan kategori di platform mereka dan akan dihantar menggunakan bot.

 

Dengan memperluaskan lagi perkhidmatan penghantaran itu, menjadi sebahagian daripada komitmen GoMamam untuk berkhidmat kepada seluruh negara. Penduduk Kampong Ayer kini boleh mengakses pelbagai vendor dengan mudah melalui Aplikasi GoMamam.

 

Proses pesanan adalah ringkas dan mudah, dengan perkhidmatan penghantaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Manakala pada Jumaat, perkhidmatan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disambung semula pada jam 2.00 petang hingga 8.00 malam. Dengan lebih 700 vendor dalam aplikasinya, GoMamam merupakan platform e-Dagang terkemuka di Negara Brunei Darussalam. Sejak Februari 2020, GoMamam komited dalam memberikan kemudahan dan kualiti, yang menjadikannya salah satu pilihan yang lebih dipercayai untuk para pengguna.

 

Daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan kepada francais besar di seluruh negara, GoMamam kini telah berkembang menjadi kemudahan paling popular dan mudah untuk pengguna memesan makanan, barangan runcit, elektronik, produk farmaseutikal dan banyak lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28