FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Walkaton Eratkan Lagi Silaturahim


Jabatan Daerah Brunei dan Muara

 


 March 4th, 2024  |  07:14 AM  |   241 views

MENTIRI

 

Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (PMKK) Zon 2 dan 3 Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan Acara Kuliah Subuh dan Walkaton bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-40, Tahun 2024 yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, di sini.

 

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat dan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah, diikuti dengan Sesi Ceramah Kuliah Subuh yang membawakan tajuk 'Sentiasa berbuat ihsan dengan petunjuk Allah Wata'ala, Tawakal ala Allah' dan disampaikan oleh Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Kemudian acara diteruskan dengan senamrobik pagi yang disertai kira-kira seramai 80 peserta dan diikuti dengan Walkaton sejauh 2km. Turut hadir, Pemangku-pemangku Penghulu, Ketua dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung Zon 2 dan Zon 3 berserta Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK), Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan juga penduduk-penduduk kampung.

 

Ada pun tujuan acara ini diadakan adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024, selain itu ia juga dihasrat untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di samping mengimarahkan lagi masjid menerusi aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Daerah Brunei dan Muara

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07