FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 8th, 2024  |  05:29 AM  |   65 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1445 Hijrah / 2024 Masihi diadakan pada hari ini, berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini.

 

Pelancaran majlis berkenaan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Timbalan Pengerusi I; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Ahli Jemaah Tadbir; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan YSHHB; dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh

 

Imam Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murat.

 

Majlis diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Pada majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan sabda.

 

Seterusnya DYTM berkenan menyempurnakan pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada wakil-wakil pasukan beruniform, orang awam, penjawat awam (sektor kerajaan), pekerja swasta dan persatuan-persatuan saudara baharu.

 

Pasukan beruniform diwakili oleh Pemerintah-pemerintah Tentera serta Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pengarah-pengarah Jabatan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

 

Sementara itu, orang awam diwakili oleh Pegawai-pegawai Daerah serta sebahagian Ketua-ketua Kampung daripada keempat-empat Daerah.

 

Manakala, penjawat awam dan pekerja sektor swasta diwakili oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pengurusan, Pentadbiran dan Tenaga Manusia.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah.

 

Dengan sempurnanya Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada hari ini, maka bermulalah pembahagian buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM sempena bulan Ramadan 1445 Hijrah / 2024 Masihi kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM adalah kepada Pemerintah-pemerintah dan Komandan-komandan ABDB serta Pengarah-pengarah Jabatan dan Pegawai-pegawai Pemerintah PPDB akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi berkenaan kepada para pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan unit masing-masing.

 

Sementara Pegawai-pegawai Daerah akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi berkenaan kepada Penghulu-penghulu Mukim (yang memangku jawatan Ketua-ketua Kampung) dan Ketua-ketua Kampung dan seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi berkenaan kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka masing-masing.

 

Manakala penjawat awam, pengagihan adalah melalui kementerian dan jabatan masing-masing.

 

Bagi para pekerja daripada sebahagian sektor swasta, pengagihan adalah melalui syarikat masing-masing dan sebahagiannya adalah melalui Ketua-ketua Kampung mengikut tempat tinggal masing-masing.

 

Pada tahun ini, sejumlah 159 ton metrik buah kurma jenis 'Safawy' akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di seluruh negara.

 

Setiap umat Islam yang menetap di negara ini tanpa mengira had umur dan taraf kerakyatan akan menerima kurnia buah kurma mereka dengan setiap seorang akan menerima satu kotak kecil kurma yang mengandungi 300 gram.

 

Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM berkenaan mencerminkan sikap pemedulian dan kasih baginda dan adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang beragama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda berkenaan.

 

YSHHB sangat-sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak dalam melancarkan urusan pengendalian pengagihan buah kurma kurnia peribadi sepertimana yang diharapkan supaya buah kurma kurnia peribadi berkenaan akan diterima dengan baik dan sempurna dan seterusnya dinikmati oleh setiap orang yang beragama Islam di negara ini sebagai juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadan nanti.

 

Hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pemerintah ABDB, Pegawai-pegawai Daerah, dan pengarah-pengarah daripada kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan serta sektor swasta yang terlibat dalam pengendalian pengagihan buah-buah kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07