FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Pikul Tanggungjawab Dengan Penuh Keikhlasan, Kebijaksanaan


Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 8th, 2024  |  05:34 AM  |   61 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bersabda, pada tahun ini dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala kita sekali lagi berpeluang untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Agihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

 

Bulan Ramadan setentunya mempunyai banyak rahsia, pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi mengharungi kehidupan seharian.

 

Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang bukan didorong kerana kepentingan peribadi mahupun imbalan duniawi, akan tetapi semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala adalah satu sifat yang mulia lagi terpuji.

 

“Ini bertepatan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Asy-Syura, ayat 20 yang bermaksud : “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, Kami tambah baginya keuntungan itu, dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya dan tidaklah ada baginya suatu bahagian pun di akhirat."

 

“Dalam melaksanakan pengagihan kurma kurnia peribadi paduka ayahanda ini khususnya kepada mereka yang layak menerimanya, ciri-ciri seperti keikhlasan, komitmen dan kesabaran yang selama ini ditunjukkan oleh para pemimpin akar umbi termasuk Ahli-ahli Majlis Perundingan adalah amat memberangsangkan dan dihargai," sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik semasa pada Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1445 Hijrah / 2024 Masihi yang diadakan pada hari ini di Dewan An-Naura, Kompleks YSHHB, di sini.

 

Walau bagaimanapun sabda Duli Yang Teramat Mulia, kita janganlah mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai selama ini.

 

Ini sabdanya lagi, kerana masih juga kedengaran suara-suara yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu yang masih juga belum menerima kurma kurnia peribadi paduka ayahanda.

 

“Oleh yang demikian, pihak Pengurusan YSHHB bersama semua pihak yang terlibat hendaklah terus memikul tanggungjawab ini dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan dan dedikasi dalam sama-sama memastikan tidak ada orang-orang tertentu yang tercicir dari menerima buah kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini sebagai juadah berbuka puasa di negara ini.

 

“Saya gembira mengetahui pada tahun ini pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan sekali lagi akan dilibatkan dalam sama-sama membantu kerja-kerja pengagihan kurma kurnia peribadi paduka ayahanda dengan menyediakan pengangkutan kenderaan bagi membawa buah kurma berkenaan ke beberapa tempat yang ditetapkan.

 

“Semoga usaha ini akan dapat diteruskan ke arah memberkesankan lagi pengagihan kurma kurnia peribadi berkenaan," sabda DYTM.

 

Di kesempatan ini, DYTM bersabda merakamkan penghargaan kepada YSHHB, kementerian dan jabatan kerajaan, Pegawai-pegawai Daerah, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua  Kampung, ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan dan semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam mengurus dan mengendalikan amanah dan tanggungjawab yang berkebajikan ini dengan jayanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07