Home > Headline
Berangkat Ke Sambutan Rasmi, Prime Minister’s Reception
Haji Ariffin Mohd Noor, Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
March 8th, 2024 | 05:39 AM | 63 views
MELBOURNE
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Sambutan Rasmi dan Prime Minister's Reception bertempat di Melbourne Convention and Exhibition Centre (MCEC).
Juga berangkat bagi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Di ASEAN Leaders Arrival Hall, MCEC, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan secara rasmi oleh Perdana Menteri Australia, The Honourable Anthony Albanese.
Kebawah DYMM kemudian menyertai Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN, Australia dan Republik Demokratik Timor-Leste bagi sesi bergambar ramai dan diikuti dengan menyaksikan Smoking Ceremony oleh Wurundjeri First Nations Elders, iaitu salah satu adat tradisi masyarakat orang asli Australia.
Ini diikuti dengan Majlis Resepsi yang dimulakan dengan persembahan tarian Australian First Nations dan nyanyian lagu tema ASEAN dan seterusnya Lagu Kebangsaan Australia.
Majlis juga diserikan dengan ucapan Welcome to Country oleh Wurundjeri Elder dan ucapan alu-aluan The Honourable Perdana Menteri Australia serta persembahan muzikal.
Selesai Majlis Resepsi, Kebawah DYMM kemudian berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh The Honourable Perdana Menteri Australia dan Ms. Jodie Haydon yang berlangsung di The Great Hall, National Gallery of Victoria.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]