FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Komited Memperkukuh Hubungan Dua Hala


Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 March 8th, 2024  |  05:50 AM  |   67 views

MELBOURNE

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri Australia, The Honourable Anthony Albanese di Melbourne Convention Exhibition Centre (MCEC).

 

Juga berangkat, paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Pada perjumpaan tersebut, baginda bertitah mengalu-alukan Perdana Menteri Albanese ke Negara Brunei Darussalam (NBD). Dalam memperingati Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik antara NBD dan Australia serta Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, baginda berharap persahabatan dan perkongsian ini akan dieratkan lagi pada tahun-tahun ke hadapan.

 

Baginda juga menggariskan komitmen bersama antara NBD dan Australia dalam meningkatkan kerjasama sedia ada sambil meneroka bidang-bidang baharu adalah bukti persahabatan yang kian berkembang, di mana kedua-dua pihak sedang bekerja rapat untuk mengukuhkan perkongsian melalui Pelan Tindakan Bersama.

 

Akhir sekali, baginda menegaskan bahawa hubungan ini terus diperkukuhkan termasuk dalam bidang ekonomi, tenaga, pertahanan dan pertukaran antara rakyat serta menekankan hasrat Brunei untuk bekerjasama dengan Australia dalam peralihan tenaga dan kerjasama kesihatan.

 

Juga pada perjumpaan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertukar-tukar pandangan bersama Perdana Menteri Australia dalam pelbagai perkara termasuk isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa serta situasi di Palestin.

 

Pada penghujung Majlis Perjumpaan ini, satu Kenyataan Bersama telah dikeluarkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07