Home > Headline
Berangkat Balik Tinggalkan Melbourne, Australia
Haji Ariffin Mohd Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
March 8th, 2024 | 07:07 AM | 107 views
MELBOURNE
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Melbourne, Australia, hari ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia pada 5 hingga 6 Mac 2024.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Hadir di Melbourne Jet Base bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Arnold serta pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Canberra, Australia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]