Home > Headline
DPMM Berangkat Ke Tokyo, Jepun
Mohamad Azmi Awang Damit
March 8th, 2024 | 07:17 AM | 159 views
RIMBA
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman pagi tadi berangkat ke Tokyo, Jepun bagi mengadakan Keberangkatan Rasmi pada 7 hingga 11 Mac 2024.
Berangkat bersama Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.
Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.
Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.
Berangkat sama dan hadir ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Cheteria; Menteri-menteri Kabinet; Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-setiausaha Tetap dari JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; serta pasangan masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]