FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Tiba Di Tokyo, Jepun


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 8th, 2024  |  07:21 AM  |   174 views

TOKYO, JAPAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman pagi ini berangkat ke Tokyo, Jepun bagi mengadakan Keberangkatan Rasmi pada 7 hingga 11 Mac 2024.

 

Berangkat bersama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri dialu-alukan oleh His Imperial Highness Crown Prince Akishino dan Her Imperial Highness Crown Princess Akishino.

 

DYTM dan YTM kemudian berangkat bersama His Imperial Highness dan Her Imperial Highness ke Pentas Khas, di mana Lagu-lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Jepun dimainkan.

 

Seterusnya, DYTM dan YTM disembahkenalkan kepada delegasi Jepun dan setelah itu, His Imperial Highness dan Her Imperial Highness disembahkenalkan kepada rombongan delegasi rasmi Negara Brunei Darussalam.

 

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba DYTM dan YTM ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin bin Haji Musa dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Toru Maeda.

 

Semasa Keberangkatan Rasmi ini, DYTM dan YTM, antara lainnya, dijangka akan berangkat ke Majlis Mengadap dan Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, Maharaja Jepun dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Masako, Maharani Jepun.

 

DYTM juga dijangka akan berangkat menghadiri Mesyuarat bersama Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida serta menyaksikan Majlis Pertukaran Nota mengenai Aturan Pengecualian Visa.

 

Keberangkatan Rasmi DYTM ke Jepun ini adalah juga sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, yang mula terjalin pada 2 April 1984.

 

Keberangkatan ini adalah juga dorongan kepada mengukuhkan lagi hubungan akrab yang telah lama terjalin antara kedua-dua belah pihak, terutamanya berikutan peningkatan hubungan kepada perkongsian strategik semasa Keberangkatan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Jepun pada bulan Disember 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48