Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pertahanan Agihkan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM
Ihsan Kementerian Pertahanan
March 9th, 2024 | 06:54 AM | 1728 views
TUTONG
Kementerian Pertahanan pagi tadi mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Bulan Ramadan 1445 Hijrah yang berlangsung di Dewan Makan Nikmat, Penanjong Garison, di sini.
Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.
Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan pengagihan kurma kepada Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus sempena penyerahan kurma yang telah dibacakan oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Komander Haji Ainolizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi ini melambangkan tanda kasih sayang dan sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat baginda dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]