Home > Headline
Berangkat Ke Majlis Mengadap, Majlis Santap Tengah Hari
Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
March 9th, 2024 | 07:03 AM | 152 views
TOKYO, JAPAN
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Majlis Santap Tengah Hari bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, Maharaja Jepun dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Masako, Maharani Jepun.
Majlis-majlis berkenaan berlangsung di Imperial Palace, Tokyo.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Grand Steward of the Imperial House Agency, Mr. Nishimura Yasuhiko.
Semasa Majlis Mengadap berkenaan, DYTM dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun telah berbincang mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama kepada Negara Brunei Darussalam dan Jepun, termasuk kerjasama yang sedia ada dalam bidang tenaga, perdagangan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat.
Selesai Majlis Mengadap berkenaan, DYTM dan YTM berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Jepun bertempat di Rensui-kita, Imperial Palace.
Berangkat sama semasa Majlis Santap Tengah Hari berkenaan ialah His Imperial Highness Crown Prince Akishino dan Her Imperial Highness Crown Princess Akishino.
Sebelum berangkat balik, DYTM dan YTM bersalaman perpisahan dengan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Maharaja Jepun dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Jepun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]