FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


NBD-Jepun Kukuhkan Kerjasama Dalam Bidang Perdagangan, Pelaburan


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 11th, 2024  |  05:26 AM  |   67 views

KYOTO

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman malam tadi berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan bersama oleh Datuk Bandar Kyoto, Matsui Koji; Vice Governor Kyoto Prefecture, Furukawa Hironori dan Chairman of the Committee on Tourism and Industry of Kyoto Chamber of Commerce and Industry, Iwai Kazumichi.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah  dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Kyoto State Guest House dijunjung oleh Director General of Guest State House, Mikami Akiteru dan seterusnya disembahkenalkan kepada hos-hos Majlis Santap Malam serta pasangan masing-masing.

 

Sebelum mulanya Majlis Santap Malam, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan sabda menzahirkan kegembiraan atas keberangkatan ke Kyoto buat julung kalinya dan mengakui bahawa banyak mercu tanda budaya serta tempat-tempat bersejarah Jepun berada di bandar tersebut, menjadikannya sesuai untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan '365 hari dalam setahun'.

 

DYTM juga menzahirkan kegembiraan kerana berpeluang mengalami Omotenashi (bentuk layanan khas Jepun kepada tetamu) penduduk Kyoto semasa lawatan-lawatan ke Sento Imperial Palace dan Kinkaku-ji di mana sejarah, budaya dan tradisi mercu-mercu tanda berkenaan adalah sebab-sebab Kyoto digelar sebagai 'Pusat Budaya Jepun'.

 

DYTM seterusnya mengongsikan bahawa Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Jepun telah lama memupuk hubungan muhibah dan persahabatan melalui pelbagai interaksi di semua peringkat, dan percaya bahawa terdapat banyak peluang untuk kedua-dua buah negara untuk bekerjasama, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

 

Di samping menyambut Tahun Persahabatan Brunei-Jepun iaitu 2024, DYTM mengakhiri sabda dengan menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua buah negara akan terus mengukuhkan lagi hubungan yang amat dihargai itu pada tahun-tahun yang akan datang.

 

Terdahulu dari itu, Datuk Bandar Kyoto menyampaikan ucapan alu-aluan yang menyentuh mengenai tradisi, sejarah, kebudayaan dan pemandangan indah di Kyoto.

 

Dalam hal ini, beliau berharap Kyoto dapat menyumbang ke arah meningkatkan kerjasama dan pertukaran antara masyarakat di antara NBD dan Jepun.

 

Semasa Majlis Santap Malam tersebut, Vice Governor of Kyoto Prefecture dan Chairman of the Committee on Tourism and Industry of Kyoto Chamber of Commerce and Industry turut menyampaikan ucapan.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan lagu-lagu tradisi 'so-Kyoku' dan dimainkan dengan sebuah alat muzik Jepun, iaitu 'Koto'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07