FacebookInstagramTwitterContact

 

International Conference of Religious Leaders           >>           Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 21st, 2024  |  05:21 AM  |   1121 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad yang diadakan di Syura 2, Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri.

 

Turut serta dalam rombongan Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lawrence Bay; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Republik Singapura, Pengurus Religious Policy (OOM) Republik Singapura dan Pengurus Strategic Communications (Strategic Engagement) Republik Singapura. Turut hadir Penolong-penolong Mufti, Pemangku Pengarah Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

 

Berucap semasa mengalu-alukan rombongan Tuan Yang Terutama itu, Yang Berhormat Mufti Kerajaan menyatakan bahawa pihak JMK amat menghargai keprihatinan TYT dalam memahami pembentukan kehidupan beragama dalam menghadapi cabaran-cabaran kontemporari. “Ini menunjukkan usaha untuk memperkasa kehidupan harmoni dalam masyarakat sangat kita utamakan," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, cabaran-cabaran kontemporari yang sedang kita hadapi ialah perubahan ideologi umat yang dipengaruhi oleh pemikiran dan fahaman yang tidak sesuai dengan prinsip hidup bersama yang diajar oleh Al-Quran untuk kita saling hormat menghormati dan berkenal-kenalan di antara sesama kita antara puak dan bangsa.

 

Contoh perubahan ideologi itu tambah Yang Berhormat ialah fahaman yang menganggap bahawa ugama adalah anutan semata-mata, perlu diasingkan daripada urusan keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

 

“Contoh lain ialah fahaman yang menganggap ugama adalah penghalang kepada kemajuan pembangunan umat manusia. Saya kira, Brunei Darussalam dan Singapura sama-sama menyangkal ideologi seperti ini," ujar Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Sementara itu, TYT Masagos Zulkifli pula mengongsikan, pihaknya di Singapura sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah 'Masyarakat Gemilang' (Community of Success), bagi masyarakat Melayu Islam di Singapura iaitu masyarakat minoriti yang mewakili 15 peratus daripada penduduk Singapura.

 

Walaupun minoriti tambah TYT, mereka tetap mahu masyarakat ini dapat hidup dengan harmoni, sama-sama menjalani kehidupan yang bermakna dalam situasi kontemporari, terbuka dan mengalami perubahan dengan begitu pesat.

 

Pada kunjungan tersebut, rombongan dari Republik Singapura turut mendengarkan taklimat mengenai sejarah penubuhan JMK yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran JMK, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman.

 

Kunjungan tersebut diakhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB). TYT Masagos Zulkifli berada di Negara Brunei Darussalam atas Lawatan Kerja dari 18 hingga 20 Mac 2024.

 

PIB adalah sebuah perpustakaan awam Islam yang komited menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan Islam yang lengkap selain bertanggungjawab dalam mengumpulkan apa jua maklumat mengenai agama Islam.

 

Setakat ini, PIB mempunyai lebih 250,000 naskhah dan 60,000 judul. Pelbagai koleksi buku disediakan di perpustakaan ini seperti buku-buku terbitan JMK, Koleksi Fatwa Antarabangsa, Hadis, Fiqh dan Akidah.

 

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mempelajari dan memahami pembentukan kehidupan beragama dalam menghadapi cabaran-cabaran kontemporari / masa kini dan formulasi fatwa di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30