FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kesihatan Mulut Asas Kesejahteraan Hidup


Kementerian Kesihatan

 


 March 21st, 2024  |  05:29 AM  |   1136 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mulut kita akan mengalami masalah jika tidak diberi perhatian khusus. Faktor risiko utama kerosakan gigi seperti tembakau dan pemakanan yang mengandungi lemak, garam dan gula yang tinggi boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik, termasuk penyakit mulut.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar seterusnya menyatakan 90 peratus daripada penduduk di seluruh dunia akan mengalami penyakit mulut sepanjang hayat mereka, di antaranya adalah karies gigi (kerosakan gigi), penyakit periodontal (penyakit gusi) dan juga kanser mulut. Manakala 60 peratus hingga 90 peratus kanak-kanak sekolah mengalami kerosakan gigi dan sakit gigi adalah sebab utama ketidakhadiran sekolah dan kerja.

 

“Kajian telah membuktikan bahawa keadaan mulut yang tidak sihat akan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan. Masalah kesihatan mulut, terutamanya penyakit gusi mempunyai kaitan dengan penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular (jantung), diabetes (kencing manis), pneumonia (paru-paru berair) dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.

 

“Menurut Kaji Selidik Kesihatan Mulut Kebangsaan atau National Oral Health Survey 3 (NOHS) pada tahun 2015-2017, peratusan kerosakan gigi yang tidak dirawat adalah 71.5 peratus dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, dan 64 peratus pada kalangan dewasa," kongsi Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam perutusan bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024 dengan tema tahun ini ialah 'Mulut Sihat Adalah… Badan Sihat (A Happy Mouth is… A Happy Body)'.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan Hari Kesihatan Mulut Sedunia atau World Oral Health Day (WOHD) yang dianjurkan oleh badan perwakilan utama untuk profesion pergigian di seluruh dunia, FDI World Dental Federation, diraikan pada 20 Mac setiap tahun  di peringkat antarabangsa untuk memperingati manfaat mempunyai mulut yang sihat.

 

Hari yang penting ini juga memberi landasan kepada profesion pergigian untuk menggalakkan kesedaran mengenai masalah kesihatan mulut dan pada masa yang sama membantu mengurangkan beban kesihatan mulut dalam kalangan masyarakat.

 

“Tahun ini adalah adalah tahun pertama dalam kempen selama tiga tahun yang dilancarkan oleh FDI World Dental Federation untuk WOHD dengan tema utama, 'Mulut Sihat Adalah...Badan Sihat (A Happy Mouth Is...A Happy Body)'.

 

“Tema ini menekankan kepentingan kesihatan mulut seseorang individu kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan seluruh badan. Sebagai contoh, kerosakan gigi boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit yang boleh mengganggu makan, minum, tidur dan juga boleh menjejaskan prestasi kerja serta akademik. Kerosakan gigi juga boleh mempengaruhi psikososial seseorang itu seperti berasa kurang yakin dan rasa rendah diri," tambah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mulut dari segi mengurangkan kerosakan gigi adalah dengan penggunaan fluorida, terutamanya air berfluorida (water fluoridation) dan penggunaan ubat gigi 'fluoride'.

 

“Air berfluorida meningkatkan manfaat kesihatan awam sebanyak 25 peratus hingga 40 peratus. Manakala penggunaan ubat gigi berfluorida akan meningkatkan manfaat kesihatan mulut sebanyak 25 peratus di samping pengambilan air yang mengandungi fluorida. Memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida amat disyorkan untuk mencegah kerosakan gigi," jelas Yang Berhormat.

 

Kaedah pencegahan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak jelas Yang Berhormat pula adalah penggunaan varnis fluorida atau 'fluoride varnish' dua kali setahun yang mana ia dapat mengurangkan kerosakan gigi pada kanak-kanak damit sebanyak kira-kira 30 peratus.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi, varnis fluorida adalah sejenis gel fluorida yang pekat yang digunakan pada permukaan gigi selepas pemeriksaan gigi. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ia mampu memberi perlindungan tambahan kepada gigi daripada kerosakan apabila digunakan sebagai tambahan kepada rutin memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida.

 

Kerosakan gigi juga boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan gula. Kawalan gula dan minuman manis di persekitaran sekolah secara umum adalah disarankan untuk dikuatkuasakan, jelasnya.

 

“Jabatan Perkhidmatan Pergigian akan sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran bagi orang ramai bahawa pencegahan adalah jauh lebih baik daripada rawatan. Selain rawatan pergigian yang disediakan di klinik-klinik pergigian di seluruh negara, jabatan ini juga memberikan beberapa program promosi kesihatan mulut untuk mengurangkan kerosakan gigi melalui ceramah pendidikan pergigian, pemeriksaan pergigian, aplikasi varnis fluorida dan juga meningkatkan akses bagi golongan tertentu seperti Program Senyum Si Manja bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah; Program Senyum Pelajar bagi pelajar sekolah rendah; dan Program Kasih bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU)," ujar Yang Berhormat.

 

Meskipun terdapat pelbagai usaha daripada pihak kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian dalam meningkatkan kesihatan mulut, namun, daya usaha dan disiplin diri setiap individu adalah mustahak dalam membuat perubahan yang nyata. Maka, tidak kira usia, penjagaan mulut yang rapi serta menghadiri pemeriksaan gigi yang berkala dengan cara hidup yang sihat akan dapat melindungi kesihatan mulut dan badan.

 

Dengan itu, bersempena WOHD ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan ingin mengambil kesempatan untuk menyarankan kepada semua untuk menjaga kesihatan mulut 'biskita' dengan baik kerana 'Mulut Sihat Adalah... Badan Sihat'.

 

Yang Berhormat juga menyeru agar semua pihak sama-sama menjadikan kesihatan, termasuk kesihatan mulut sebagai tanggungjawab kita untuk memastikan negara kita semakin hampir ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam mencapai kualiti hidup yang tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30