Home > Headline
Kebawah DYMM Berkenan Menerima Mengadap
Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
March 21st, 2024 | 05:51 AM | 3053 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.
Pada Majlis Mengadap itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertukar-tukar pandangan bersama Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli tentang perkara-perkara berkepentingan bersama dan untuk meneroka peluang-peluang kerjasama khususnya dalam memperkasa belia; serta mengenai bantuan kemanusiaan antarabangsa, antaranya penghantaran bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan makanan ke Palestin secara 'airdrop' hasil kerjasama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan Hasyimiah Jordan baru-baru ini.
TYT turut mengongsikan pengalaman Republik Singapura dalam menghantar bantuan sedemikian ke Palestin sebelum ini.
Menyertai TYT pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay, dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen.
Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
TYT berada di negara ini bagi lawatan kerja sempena bulan Ramadan selama tiga hari yang bermula daripada 18 hingga 20 Mac 2024.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]